Make your own free website on Tripod.com
 
ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU

 

Pembinaan Auditorium Baru Untuk Persidangan Baru 
(A New Conferfence, a New Auditorium) 
By M.G.G. Pillai 
 

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan kemuncak OIC di Putra Jaya pada 2003. Ini yang dirancang oleh Perdana Menteri sebaik sahaja selesai menghadiri persidangan yang terkini di Doha. Tetapi, Putra Jaya memang tidak mempunyai kemudahan odotorium yang mampu menyediakan kemudahan canggih untuk persidangan seperti itu. Itu sebabnya satu dewan persidangan yang baru akan dibina secepat mungkin dengan harga RM1 bilion. Mungkin ditokok beberapa ratus juta lagi untuk menampung keperluan menyediakan lambang kemewahan yang berwarna warni. Tidak ada sesiapa yang berani mengatakan berapakah kos sebenarnya satu hari nanti. Yang tukang bikin projek itu pun tidak berani berkata apa-apa kerana plan bangunan itu akan berubah setiap jam, minggu, bulan dan tahun. Dewan itu memang mahu dibina juga sama ada persidangan puncak OIC ataupun tidak. Kini, dengan ada ketentuan itu, perbelanjaan yang sungguh tinggi itu tentu boleh diberikan justifikasinya. Peraka ini memang telah diputuskan sebelum cerita tuan rumah pada tahun 2006 itu mula dicetuskan. 
 

Perkara ini mula dibangkitkan ketika seorang arkitek turut serta mengiringi Perdana menteri ke Doha. Di banglonya yang terletak di sungai Buluh memang ada tersimpan satu plan kompleks yang mega ini yang mampu menampung penyertaan 135 ketua negara lengkap dengan segala kemudahan untuk kegunaan mereka. Mereka yang pernah melihat plan yang sungguh besar ini memang terkejut dengan lakarannya. Saya pula terdengar cerita ini sengaja tidak disengajakan. Sebaik mengetahuinya saya mula bertanya-tanya dan ini menyebabkan pihak tertentu merasa tidak selesa. 
 

Di Kuala Lumpur memang terdapat banyak dewan persidangan yang memang tidak kerap digunakan. Yang terulung sekali ialah Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang memang besar dan mencukupi untuk persidangan bertaraf antarabangsa. Tetapi ia dipinggirkan kerana terdapatnya banyak lagi bikinan Malaysia Inc. Yang lengkap dengan kemudahan perhotelannya seperti Sunway Lagoon Resort Hotel dan Palace of the Golden Horses. Setiap hotel bertaraf lima bintang memang mampu memberikan keselesaan kepada beberapa ribu tetamu untuk persidangan yagn diperlukan. Kini, kemudahan yang ada itu dianggap tidak bersesuaian untuk para Sheikh Arab. Ini sudah dijadikan satu alasan yang mudah untuk pembikinan beberapa kemudahan di Putra jaya yang mampu mengenepikan ungkitan di parlimen dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada anak-anak, keluarga para kroni dan juak serta jongos. 
 

Ketika Putra Jaya dirundingkan daripada Negeri Selangor ada rencana untuk membina satu istana baru untuk Yang Dipertuan Agong dengan harga sekitar RM600 juta. Tentunya pembikinan itu tidak akan meruntuhkan kegemilangan mahligai Perdana Meneri yang dikatakan berharga cuma RM200 juta itu, sedangkan harga sebenar adalah lebih tinggi dari itu. Sebenarnya apabila pembikinan struktur seperti itu dilaksanakan, kos sebenarnya tidak merupakan satu halangan yang besar. 
 
 

Nampaknya setiap kali direncana penganjuran persidangan antarabangsa, pembikinan bangunan yang baru turut diambil kira. Itulah yang berlaku ketika pembikinan Perkampungan Sukan Komenwel dulu pada 1998. Satu perkampungan yang baru dibina dengan cara Bolehland yang lazim itu di mana para kroni diberikan kemudahan untuk membinanya di tapak tanah yang terpilih pula. Bangunan yang sudah terbina itu tidak akan digunakan sangat selepas itu. Kalau digunakan pun kos sewanya begitu tinggi sekali sehinggakan badan sukan negara sanggup mengenepikannya. Bangunan ini pun akan terus terbengkalai untuk mereput kerana kekurangan usaha penyeliannya. Kalaulah Malaysia berjaya menjadi tuan rumah Asiad pada 20006 nanti, sekurang-kurangnya beberapa juta lagi akan diperlukan untuk memperbaiki struktur yang ada itu. 
 
 

Sekarang ini Malaysia membuat pengumuman sesuatu projek dalam masa yang lebih cepat daripada tempoh membina struktur yang diperlukan untuk projek itu. Kalau dicatatkan segala projek yang telah diumumkan itu, sudah tentu nilainya adalah berkali ganda daripada hutang yang tidak mampu dibayar oleh Renong yang sudah pun berjumlah RM26 bilion. 
 

Apakah Malaysia mempunyai upaya membayar hutang banyak itu? Jawapannya ialah TIDAK. Mampukah Malaysia mendapatkan jumlah wang sebanyak itu? Jawapannya pun tidak juga. Pengumuman projek secara mendadak ini sebenarnya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk yang Malaysia mampu membinanya. Memang tidak ada sesiapa yang ragu akan keupayaan itu. Apakah Malaysia mampu membayarnya? Apakah ia perlu dibina? Apabila struktur semahal itu dibiarkan kepada orang tertentu, sudah pasti peraturan akan kosnya akan sengaja diabaikan. 
 
 

Menara KLCC dikatakan memerlukan RM1 juta setiap bulan sebagai kos senggaraannya. Tidak sampai tiga puluh peratus daripada 90 aras menara kembar itu yang sedang dihuni. 
 
 

Pengswastaan lebuhraya memang merupakan satu projek yang baik ketika pelancarannya. Tetapi apabila orang yang diamanahkan melancarkan projek itu menyeleweng syarikat yang menerima konsessi itu telah mewujudkan berpuluh anak syarikat sebagai satu helah untuk melonjakkan harga projek itu. Akibatnya orang yang betul-betul menjalankan kerja di situ tidak mampu menjalankan kerjanya dengan baik. Para pengguna lebuhraya itu terus dikenakan tol yang semakin meninggi kerana semua itu bertujuan untuk menyedapkan hati para kroni, anak-anak, juak dan jongos yang sengaja dibabitkan dalam projek. Begitulah halnya nanti dengan pembikinan odotorium dan beberapa projek mega di Putra Jaya. Mungkinkah odotorium itu dibina? Sudah pasti ia akan dilakukan. Projek ini akan merupakan projek yang sungguh melekit kerana ia akan dibina secara tergesa-gesa. Segala manisan yang menyebabkan projek itu melekit akan terus bertukar tangan di kalangan makhluk tertentu. Tetapi, Perdana Menteri akan berkata semua itu tidak mungkin akan berlaku kerana yang berlaku selama ini seperti itu memang merupakan sesuatu yang tidak pernah pun berlaku. 
 

-MGG Pillai