Make your own free website on Tripod.com
 
BERITA MALAYSIA
December 02 , 1999 18:08PM
ABDUL HADI WUJUD DUA PORTFOLIO BARU 

Haji Abdul Hadi Awang memasukkan kad perakam waktu untuk memulakan tugas rasminya sebagai menteri besar di Wisma Darul Iman di sini hari ini. 

KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan portfolio anggota majlis mesyuarat Kerajaan Negeri dengan beliau sendiri mempengerusikan dua jawatankuasa iaitu Kewangan dan Pelaburan serta Jawatankuasa Tanah, Galian dan Perhutanan. 

Beliau turut mewujudkan dua portfolio baru iaitu Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita dan Bukan Islam serta Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas, selain membuat rombakan dan pertukaran nama bagi beberapa portfolio sebelum ini. 

Portfolio mengenai Pembangunan Sains, Teknologi, Pengajian Tinggi, Pembangunan Manusia dan Hal-Ehwal Agama Islam telah dimansuhkan dan peranannya diambil alih oleh Jawatankuasa Pendidikan yang kini turut menanggung tugas berkaitan dakwah dan pelaksanaan syariah. 

Berikut senarai portfolio ahli mesyuarat Kerajaan Negeri: 

1. Menteri Besar, Haji Abdul Hadi Awang (Jawatankuasa Tanah, Galian dan Perhutanan Negeri. Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan). 

2. Haji Mustafa Ali ( Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Perindustrian). 

3. Haji Harun Taib (Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah) 

4. Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar). 

5. Haji Abu Bakar Chik (Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Sumber Manusia). 

6. Tun Haji Mohd Salleh Abas (Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas). 

7. Haji Mohd Abdul Wahid Endut (Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal-Ehwal Pengguna). 

8. Yahaya Ali (Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi). 

9. Haji Abu Bakar Abdullah (Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan). 

10. Haji Awang Jusoh (Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita dan Bukan Islam). 

11. Wan Hassan Mohd Ramli (Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan). 

-- BERNAMA