Make your own free website on Tripod.com
 



Bedah AI: Membedah Rahsia Yang Terpendam?
By Man Kubur
12/3/2001 am

Anwar telah terlantar dikatil sejak bulan November lagi. Sudah lebih 3 bulan beliau kesakitan tetapi kerajaan begitu payah untuk membenarkan pemberian rawatan sedangkan kenyataan ramai pakar menunjukkan sakit tersebut disebabkan hentakkan. Famili Anwar bersetuju untuk membiayai sendiri kos rawatan walaupun sakit tersebut adalah berpunca dari kelalaian dan salah-laku pegawai tinggi keselamatan kerajaan (yakni Rahim Nor dan rakan-rakan). Sepatutnya kerajaanlah membiayai semua kos kerana gagal menjaga keselamatan tahanan. Sudah menjadi Piagam Antarabangsa setiap tahanan tidak boleh diapa-apakan. Tidak kiralah jika dia seorang yang melakukan jenayah luarbiasa seperti membunuh orang atau bakal dihukum di tali gantung yang mengerikan.
 
 

Polis tidak berhak menyiksa tahanan dan kerajaanlah yang harus didenda atau memberi pampasan sebagai gantirugi kepada kecederaan. Adalah amat malang negara Malaysia yang dikatakan (claim) sebagai negara Islam oleh perdana menteri bertindak sebegitu kejam. Malah lebih malang lagi kerana polis yang sudah berikrar dan bersaksi kepada Tuhan menjadi samseng membantai orang.
 

HOSPITAL MALAYSIA KETINGGALAN ZAMAN
 

Seperti yang diramalkan hanya kaedah bedah endoskopi yang terbaik untuk menyelamatkan Anwar dari lumpuh sepanjang zaman. Dan Malaysia memang tidak mempunyai cukup kelengkapan mahupun pakar yang berpengalaman. Menurut doktor dari Munich itu, pembedahan tulang belakng bukan main-main sebarangan. Satu hospital KHUSUS diperlukan. Di Munich misalnya ada sebuah bilik khas dimana hanya pembedahan saraf sebegini sahaja dilakukan. Dengan ini segala kemungkinan dan komplikasi dapat diselesaikan segera tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk ketibaan peralatan dan ubat-ubatan. (Lagipun kesian juga kepada pesakit lain yang terpaksa menunggu doktor dan barang ini pulang. Mereka mungkin lumpuh dulu... terutamanya kes berat seperti kemalangan dan jatuh bangunan).
 
 
 

MEMBEDAH RAHSIA YANG TERPENDAM?
 

Saya berpendapat kerajaan Mahathir begitu payah untuk memberikan keizinan kerana bimbang beberapa rahsia terbongkar. Doktor yang pakar itu akan dapat mengesahkan bahawa kecederaan Anwar adalah akibat hentakkan dan ini amat membimbangkan kerajaan - kerana ia terpaksa dan sepatutnya membiayai semua perbelanjaan dan rahsia akan pecah menjadi telur tembelang.
 
 

Jika dilakukan disini maklumat mungkin boleh digam, tetapi di luar negara wartawan luar mungkin akan mendedahkan betapa polis memang merancang atau berniat untuk melakukan satu pembunuhan. Inilah antara punca kenapa lapuran perubatan penting atau 'film scan' dihilangkan. Sebagai seorang pakar Dr Hoogland akan dapat memberi anggaran bila kecederaan itu dilakukan walaupun filem tersebut sudah hilang. Inilah yang membuat pihak yang berkonspirasi tidak dapat duduk diam.
 
 

[Sudah menjadi kebiasaan polis membantai orang dengan sesuatu yang tumpul untuk memberikan kecederaan dalaman supaya sukar dikesan atau dibuktikan. Sebagai contoh getah paip penghawa dingin dapat melebamkan anggota dalaman sehingga membawa kematian. Jangan lupa kes Jaafar Puteh yang mati tiba-tiba serta seorang bapa yang mati sedangkan beliau sihat sebelum ditahan.]
 
 

-Man Kubur-