Make your own free website on Tripod.com

ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU
Bernama Menipu Lagi
By Raja Petra
22/11/2000 pm
 

BERNAMA MENIPU LAGI

Pengerusi parti DAP, Lim Kit Siang mendakwa agensi berita negara, Bernama "mengilangkan berita".
Menurut satu lapuran dari Star,
"Lim, ketika ditemui di Lunas petang kelmarin selepas melawat bilik operasi DAP telah berkata: "Calun parti DAP telah pasti akan terpilih melawan BN" "
Lim mengatakan lapuran Bernama tersebut "memang tidak berpijak di alam nyata kerana beliau tidak melakukan lawatan dan membuat komen tersebut"
"Saya tidak pernah membuat sebarang kepastian dengan sebarang wartawan bahawa calun DAP itu dipilih mewakili BA. Malah saya juga tidak melawat Lunas kelmarin (Sabtu) dan belum lagi memijak kaki ke sana, hanya malam ini saya baru nak kesana" tambah Lim.
Lim menambah lagi: "Bernama telah memalukan dunia kewartawanan Malaysia sehingga ke tahap yang amat rendah dengan lapuran yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab dengan berita palsu dan komen palsu terhadap seorang ketua pemimpin politik"

LAPURAN PALSU KEDUA

Lapuran Bernama itu adalah lapuran kedua minggu ini saja. Sebelum itu Bernama telah melapurkan bahawa Perdana Menteri, Dr Mahathir, telah menemui Yusuf Qardhawi, semasa melawat Qatar baru2 ini ketika sidang OIC.
Sebenarnya tidak ada sebarang perjumpaan.
Yusuf Qardhawi telah membuat banyak lawatan ke Malaysia, dan beliau sudah cukup arif dengan politik Malaysia, khususnya dengan muslihat hukuman perbicaraan ke atas Anwar,

SATU TAMPARAN KEMUKA MAHATHIR
Ramai yang melihat pembatalan mesyuarat antara Yusuf Qardhawi dengan Mahathir itu sebagai tamparan kepada muka Mahathir yang asyik mengemis penonjolan imej di kalangan umat Islam. Malang yang terakhir buat Mahathir ialah gertakkan ISNA, satu persatuan Islam di A.S. dan satu demo yang dicanang oleh kaum Muslim UK sewaktu Mahathir melawat Manchester, Cambridge dan London.
 
 

MAHATHIR TUDUH FAC
Mahathir menuduh FAC sebab melesetnya sokongan yang diperolehinya dari masyarakat Islam di Barat dan telah melabel mereka sebagai yang "menyebarkan cerita buruk" mengenai Malaysia sebagai "pengkhianat yang harus diterajang keluar dari negara"
Menurut seorang kerabat di raja Selangor, sdr sepupu kepada Sultan kini, "Mahathir adalah generasi Malaysia yang pertama [bapa Mahathir berasal dari India Kerala] manakala keluarga pengarah FAC telah berada di Malaysia sejak 14 generasi lampau. Apakah yang membuatkan Mahathir merasa dia lebih Malaysia dari orang lain dan apakah haknya untuk menyepak sesiapa keluar dari negara ini?
Kerabat diRaja Selangor telah menunjukkan sokongan yang semakin meninggi kepasa gerakan Reformasi sejak kerajaan Pusat baru2 ini merampas Putrajaya, sebahagian dari milik kerajaan negeri Selangor, dan mendeklaraikannya sebagai Wilayah Persekutuan.
 

Raja Petra Kamarudin