Make your own free website on Tripod.com
BERITA MINGGU SELEWENGKAN AYAT AL QURAN.

Akhbar Penjilat sh**t PM terkutuk Malaysia untuk kesekian kalinya
mengeluarkan rencana yang sesat lagi menyesatkan yang menghina Islam
didalam akhbar Berita Mingguannya (BM) bertarikh Ahad 3 September 2000.
Penulis yang sesat lagi menyesatkan ini bernama Syed Akbar Ali didalam
rencananya yang berjudul Jin toyol dalam Tabung Memali telah memfitnah
kononnya para ulamak dalam PAS telah menyalah gunakan wang tabung
tersebut. Walau bagaimanapun artikel ini tidak menyentuh sedikitpun
tindakan zalim lagi biadab, tidak berperikemaknusiaan regim Mahadir
melalui pihak keselamatan yang menjadi barua tunggangannya yang telah
membunuh dengan kejam para-para syuhada dalam peristiwa yang amat
menghayat hati ini.  Sewajibnya pihak kerajaanlah yang bertanggung jawab
terhadap nasib kesemua kaum keluarga yang telah diinaya ini. Sehingga
hari ini kes ini tidak diselesaikan!!!!.

Akbar yang tidak bermarwah  ini dan akhbar yang seangkatan dengannya
juga sehingga kehari ini belum lagi menyentuh penyelewengan besar  yang
mempunyai bukti yang sahih dan telah dilapurkan kepada pihak polis dan
BPR yang telah dilakukan oleh Mahadir dan kuncu-kuncunya yang dibantu
dan dilindungi oleh sebahagian pihak keselamatan dan sistem penghakiman
barua yang terdapat dinegara ini. (Apakah ugama kesemua kamu yang
terlibat  dengan segala kejahatan dan konsipirasi jahat ini!!! Semuga
kamu semua segera bertaubat atau kamu pasti dicela dan diancam dengan
azab yang sangat pedih kelak diakhirat- sepatutnya kamu menjadi Islam
sepenuhnya atau kamu jadi kafir, bukan jadi munafik pondan siam yang
bacul mengambil sebahagian dan meninggal sebahagian dari ugama dan
menggunakannya untuk menjadi topeng kamu.)

Didalam rencana didalam BH ini  penulis munafik  ini Syed Akbar Ali
jelas menzahirkan sewenang-wenangnya kebenciannya yang amat sangat
terhadap Islam (ingat sekiranya kamu tidak bertaubat kamu pasti akan
dilanat Allah) telah menghina para alim ulamak dengan berbagai gelaran
antaranya ulamak bermulut celupar, ulamak hina balu dan anak yatim, geng
kepala balut menipu duit orang, memutarbelitkan perjuangan ugama, ahli
hizbul syaitan, parti ajaran syaitan, ulama penipu suka ambil duit, Nik
Aziz amat dangkal mengenai ajaran Allah dan Rasulnya, orang Melayu yang
memakai kopiah putih atau serban sering menjadi pengemis di tepi jalan,
Nik Aziz jahil sejarah negara dan ……Untuk makluman pembaca, penulis
jahat ini sebelum ini juga telah menulis berbagai artikel-artikel jahat
yang seangkatan dengan Astora Jabat (Pondan Siam).  Malangnya sehingga
ini tiada respon pun dari JAKIM, MID OSMAN dan sukusakat nya.

Ayat al Quran yang telah diselewengkan pengertiannya adalah seperti
berikut: Surah At-Taubah 9:34

“ Hai orang yang beriman, kebanyakan di antara pendeta dan alim ulama
itu memakan harta manusia dengan cara menipu dan mereka menghalang orang

daripada jalan Allah. Orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada
membelanjakannya dijalan Allah hendaklah diberi peringatan dengan
siksaan yang pedih”.

Terjemahan sebenar ayat ini adalah: (Berdasarkan terjemahan al Quran
yang dikeluarkan oleh Kementerian Urusan Agama Islam, Wakaf, Da’wah dan
Irsyad Kerajaan Saudi Arabia tahun 1419H)

“ Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari
orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan
harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi
manusia dari jalan Allah.  Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak
dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah maka beritahukanlah kepada
mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,”

Dibawah ini disertakan sebagai renungan Tafsir ayat tersebut berdasarkan
Tafsir Ibnu Katsier (Jilid 4-Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier)

Tafsir Surah At-Taubah 9:34
Allah swt berfirman bahawa sebahagian besar dari ulama-ulama orang
Yahudi dan rahib-rahib orang Nasrani dengan menggunakan alasan ugama dan
kedudukan pimpinan mereka dalam masyarakat, mereka memakan harta rakyat
dengan jalan yang batil.  Dan disamping itu mereka menghalang-halangi
orang banyak dari jalan yang benar dan mengelabui mata mereka dengan
mencampur baurkan yang haq dan bathil.  Dan menampakan diri mereka
seakan-akan mereka mengajak orang kejalan yang baik, padahal sebenarnya
mereka mengajak dan menjerumuskan orang ke api Neraka.

Disamping dua golongan orang yang dicela oleh Allah dalam ayat ini, ada
golongan ketiga, iaitu para hartawan dan kayaraya yang menyimpan harta
kekayaan dan tidak menafkahkannya di jalan Allah.  Mereka itu dicela dan
diancam dengan azab yang sangat pedih kelak diakhirat, dimana emas,
perak dan harta kekayaan yang disimpan tampa dikeluarkan zakatnya itu
akan menjadi alat penyiksa bagi mereka.

KERANA MU MALAYSIA  saya  berasa bertanggungjawab untuk menulis artikel
ini dan saya bersama-sama dengan pejuang-pejuang reformasi ingin
mengingatkan kamu musuh-musuh Allah bahawa adalah menjadi fitrah dan
rahmat Allah bagi kami untuk terus menghadapi kamu puak durjana dengan
segala kemampuan yang kami ada hingga ketitisan darah yang terakhir dan
kami berikrar “LAWAN TETAP LAWAN!!!!” Dan kami akan cari kamu sehingga
ke lubang kubur!!! Jadi…..bertaubatlah sekarang sebelum kamu mampus!!!!

 ALLAHUAKBAR-ALLAHUAKBAR-ALLAHUAKBAR!!!

AL MUNIR