Mana Betul : Berita Suratkhabar Ke Berita Yang Ini?
Akhbar Berita Harian melapurkan pada 23/3/2000 lalu bertajuk "KHUTBAH JUMAAT BATAL, JEMAAH SOLAT ZUHUR" tentang batalnya Jumaat di Masjid KUSZA Kuala Terengganu, sungguh mengaibkan kami para jemaah--kerana berserta dengan lapuran itu tuduhan-tuduhan berbau politik dilemparkan. Sekali gus, ini  mempamerkan bahawa kegagalan BN untuk mengekalkan pemerintahan di Terengganu masih lagi tidak dapat diterima oleh mereka khususnya bekas-bekas orang yang berjawatan politik yang penting pada kerajaan masa itu.

Di sini diperturunkan komen bagi pihak kami tentang lapuran tersebut semata-mata bagi menebus aib kami di hadapan seluruh rakyat Malaysia. Ada sepuluh sedutan dari lapuran tersebut di bawah ini dan disusuli dengan komen pihak kami.

1. "Solat Jumaat diMasjid Kusza...beberapa kali bertukar menjadi solat Zuhur…"
komen: Berapa kali sebenarnya? Bila?
BH sepatut mempamerkan kewartawanan yang lebih PROFESSIONAL jangan hanya TANGKAP MUAT berita, semata-mata  untuk  memenuhi muka-muka surat khabar & juga memenuhi kehendak muka-muka "tak malu" bos-bos mereka. Jangan ingat kami di kampung Gong Badak ini tidak tahu undang2--boleh diaibkan tanpa menerima akibatnya!

2. "…berlaku kerana Khatib terlalu emosional dan mengutuk Kerajaan Pusat…"
komen: Kami mempersilakan sesiapa saja untuk datang solat Jumaat di sini dan mendengar sendiri kalau-kalau ada pengutukan terhadap kerajaan pusat dalam khutbah. Kepada yang membuat tuduhan ini kami MENCABAR untuk dia kemukakan bukti kalau tidak , maka bertambahlah seorang lagi MEMFITNAH DURJANA di bumi Malaysia ini.

3. "…pada 25 Februari lalu…khatib jemputan…., terlupa satu daripada rukun khutbah kerana terlalu asyik mengutuk kerajaan pusat."
Komen: Kami yakin yang dimaksudkan itu ialah kegagalan Khatib hari itu memberi nasihat supaya bertakwa kepada ALLAH sebagai satu rukun; ataupun kegagalan bagi orang yang membuat tuduhan mendengar 100% apa yang diucapkan dalam khutbah tersebut.. Pengesahan seseorang bahawa dia tidak mendengar apa yang patut disebut itu adalah lebih LEMAH daripada pengesahan seseorang bahawa dia ada mendengar apa yang patut disebut itu --- dan kami ada orang-orang yang boleh membuat pengesahan yang dia mendengar apa yang dikatakan tidak disebut  itu, sebenarnya telah disebut. Malah khatib sendiri boleh membuat pengesahan yang dia memenuhi semua rukun. Tidak salah kalau kita merasa dengan yakin bahawa sesuatu rukun itu tidak dipenuhi, tetapi susulilah dengan cara yang betul(lihat perkara 7 di bawah) jangan TERPEKIK TERLOLONG DI TANGGA MASJID sambil mengaitkan dengan hal-hal lain yang tidak ada kena mengena dengan kesilapan khatib. Itu hanya menampakkan kebusukan hati orang seperti itu yang menunggu-nuggu untuk orang berbuat silap - terus 'diterkam'  untuk menjadikan isu dan akhbar seperti BH pun tanpa banyak soal terus menjadikannya berita hangat, tidak sedar bahawa ianya hanya mengurangkan lagi kredibiliti akhbar tersebut di kalangan masyarakat.

4. "Sumber memberitahu BH…Pada hari berkenaan, tiga saf atau kira-kira 150 orang menunaikan solat Zuhur secara berasingan"
komen: Tidak menjadi masalah untuk makmum yang yakin tentang batalnya Jumaat mereka untuk menunaikan solat Zuhur…tetapi kami mengatakan kenyataan di atas adalah BOHONG dan FITNAH yang kami tidak pasti apa motifnya. Selesai solat Jumaat, ramai jemaah, bahkan lebih daripada tiga saf biasa bangun menunaikan solat sunat lepas Jumaat. Dan pada hari berkenaan macam mana boleh dikatakan yang tiga saf solat zuhur? Berpuluh-puluh orang yang berada di tengah-tengah saf tersebut ADALAH KAMI; dan kami tidak pun solat Zuhur!!

5. "Beberapa kakitangan Kusza mengesahkan kejadian itu tetapi…"
komen: Mengesahkan apa? Mengesahkan bahawa solat Jumaat tersebut BATAL? Jangan cuba mengelirukan masyarakat dengan mainan tulisan yang tidak jelas maksudnya! Kepada kakitangan Kusza terbabit kami harap dapat tampil untuk membuat kenyataan di akhbar bahawa Jumaat hari tersebut BATAL atau untuk membuat apa-apa penjelasan.

6. "ada lima rukun khutbah…"
komen: Dalam pada itu kami mengucapkan syabas kepada BH kerana ada juga ilmu yang berguna di dalam berita ini - kami percaya sebelum ini ramai yang tidak tahu rukun khutbah. Sekurang-kurangnya dengan tersiarnya berita ini ramai yang akan mendapat ilmu ini…syabas!

7. "makmum yang menyedarinya perlu memberitahu imam atau khatib…"
komen: Ini yang kami tidak faham peranan akhbar sekarang ini, di sebahagian tulisan berkata dengan nasihat  benar & baik; tetapi apa pula tujuan ianya menjadikan ini sebagai berita panas? BH, dengan tidak bertanggung jawab, seolah-olah menyambung kerja orang yang bertindak histeria tadi hanya kerana dia fikir khatib tidak memenuhi rukun. Mungkin orang ini yang menjadi "sumber" kepada "sumber' yang di sebutkan di atas( perkara 4)--kerana kami yakin "sumber" yang sebenar akhbar BH tidak hadir pun pada hari berkenaan. Sungguh tidak bermoral.

8. "Khutbah Jumaat di Masjid Kusza banyak berunsur politik…menghentam kerajaan BN dan pemimpin negara"
komen: Sila buktikan apa yang dikata. Setahu kami, yang diantara kami tidak putus hadir setiap Jumaat di sini, tidak ada pun khatib yang berbuat demikian melainkan berkata-kata berdasarkan kebenaran semata-mata -- kebenaran yang selama ini menjadi perkara "taboo" bagi sesetengah pihak semasa mereka berkuasa…dan akibatnya sekarang, kepedasanlah orang yang memakan lada"

9. "masjid ini menjadi pusat pemimpin Pas…mengadakan ceramah…jadual ceramah ditampal di masjid berkenaan…"
komen: Ini satu pemBOHONGan yang nyata bagi kami jemaah masjid ini. Mana ada ceramah dan jadual ceramah…kalau jadual khutbah adalah! Tak habis-habis bohong! Mungkin terlampau terdesak dek keadaan semasa?

10. " Menteri Besar, Abdul Hadi Awang dijadualkan membaca khutbah Jumaat di masjid itu pada April ini"
komen: Terima kasih kerana menghebahkan bagi pihak kami; datanglah ramai-ramai.
 

Sah! bahawa ini adalah FITNAH dan kami menuntut orang2 yang berkenaan memohon maaf kepada seluruh ahli masjid Kusza khasnya dan seluruh warga Kusza amnya atau bersedia menghadapi balasan yang amat pedih kelak.
Bagi BH, kami sedang menimbangkan tindakan mahkamah!
Pada Jumaat 24/3 lalu, satu hari selepas berita diatas, Alhamdulillah jemaah semakin bertambah--SB-SB pun ada; bekas SU akhbar MB yang lalu pun ada… Ahlan semuanya …ALLAHu Akbar!!!
Kepada pengarang BH yang membuat komen tak habis-habis dalam "Minda Pengarang" pada akhbar itu keesokannya (24/3); ini mencerminkan "minda" anda sebenarnya; komen berdasarkan berita yang tidak tepat dan berbau politik.....boleh dipanggil intelektual???!!
Kepada Yusof Nor yang tak mau ketinggalan di zaman "gawat peluang" ini, yang turut memberi komen juga berdasrkan berita yang BOHONG...apa nak jadi dengan anda...
SALAM DARI KAMI, ahli jemaah yang sentiasa berusaha untuk memakmurkan masjid; dan akan menentang segala usaha sebaliknya.