TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

KUALA TERENGGANU :  Kerajaan PAS Terengganu akan memastikan pelajar yang berkelayakan
untuk menyambung pelajaran di institiut pengajian tinggi akan terbela.Kerajaan tidak mahu ada
pelajar mempunyai potensi tetapi tidak mendapat peluang menyambung pelajaran kerana
masalah kewangan.Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa pendidikan dan perlaksanaan
syriah,Tuan Guru Haji Harun Taib.Kerajaan negeri melalui pelbagai agensi menyediakan peruntukan
yang amat besar didalam memastikan pelajar dari negeri ini tidak dinafiakan hak mereka kerana
masalah kewangan.Antara langkah yang telah diambil ialah,pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke institiut pengajian Tinggi telah diberi sumbangan pendahuluan sebanyak RM 1000.00
]bagi mereka mendaftarkan diri.Sebelum ini ketika kerajaan BN memerintah mereka cuma ciberi
RM500.00 sahaja,pun begitu tidak semua yang dapat kerana kerajaan dahulu mengamalkan
sikap pilih kasih."Kerajaan kami mencari mereka yang layak dan memberi sumbangan tersebut,
kalau dulu mereka mesti datang mencari dan memohon kepada kerajaan,kini kita yang mencari mereka"
Jelas beliau.
   "Disamping Yayasan Terengganu,kita juga menyediakan peruntukan melalui MAIDAM untuk membantu
pelajar melalui sumber zakat.Seterusnya sekiranya mereka masih memerlukan wang ,kerajaan negeri
juga ada menyediakan Tabung pendidkdn tinggi"Jelas beliau dalam satu majlis disini baru-baru ini.