Make your own free website on Tripod.com
 

ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

 Saifuddin Nasution Bin Ismail

UNDILAH CALON KEADILAN





Umur : 36

Status Perkahwinan : Berkahwin dengan memperolehi 4 orang anak

Pekerjaan : Ahli Politik dan Perniagaan

Jawatan Politik

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Nasional.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Negeri Kedah

Timbalan Ketua Parti KeADILan Nasional Bahagian Padang Serai.

Latarbelakang Pendidikan

Sarjana Muda Sains (Pertanian) UPM

Pengalaman Lain

Bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMO Malaysia

Bekas Setiausaha Politik Menteri Undang-undang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan

Bekas Pengurus BMR Estate, Kulim

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UPM

Lain-lain.

Salah seorang pemimpin muda Gerakan reformasi yang lantang dan berani menyuarakan pelbagai isu-isu yang menindas rakyat, tokoh muda yang popular sama ada semasa di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dahulu mahupun ketika memimpin perjuangan menggerakkan reformasi melalui wadah parti KeADILan kerana keberanian, kelantangan, kehebatan berhujah serta kemampuan untuk mengutarakan pelbagai isu serta penyelewengan kerajaan yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional yang mencengkam rakyat.

Sebelum bergiat aktif di dalam politik, beliau adalah seorang tokoh pimpinan mahasiswa yang lantang menyuarakan pelbagai isu mahasiswa dan rakyat desa yang sering ditindas dan ditinggalkan di dalam arus pembangunan yang hanya mementingkan segelintir kelompok yang dekat dengan pemerintah.

Selepas meninggalkan kampus, beliau terus aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosial di desa dengan menggerakkan pelbagai program yang melibatkan penyertaan masyarakat di desa sebelum ditawarkan untuk bergiat aktif dan mencurahkan khidmat di dalam gerakan politik di bawah payung UMNO.

Bertindak berani meninggalkan UMNO setelah isu kezaliman, fitnah dan konspirasi politik yang ditimpakan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, walaupun sering disebut-sebut sebagai salah seorang tokoh muda pemimpin pelapis yang sangat berwibawa untuk memimpin UMNO suatu masa dahulu.

Tindakan beliau meninggalkan UMNO untuk memimpin gerakan rakyat menuntut Reformasi dan Keadilan menyebabkan beliau dilabel sebagai penderhaka kepada Dr. Mahathir.

Beliau adalah tokoh muda gerakan reformasi yang diharapkan akan membawa banyak perubahan dan mewarnai Dewan Undangan Negeri Kedah dengan mengenengahkan pelbagai isu-isu rakyat bawahan yang cukup dekat dengan hati dan jiwa perjuangan beliau.