Kuala Terengganu 27 Ogos:

Pasukan bolasepak ADUN Kelantan telah menewaskan Pasukan ADUN Terengganu 3-0 dalam perlawanan bolasepak persabatan yang telah diadakan di Stadium Sultan IsmailNasiruddin Shah Kuala Terengganu.
Gol pertama kemenangan Kelantan telah dijaringkan oleh Ahli Parlimen Jeli Yb Hj.Affendi dalam separuh masa pertama sementara  gol kedua dijaringkan oleh  penyerang muda Kelantan YB Ustaz Baihaki Atiqullah ADUN Pasir Tumboh juga dalam separuh masa pertama.Kemudian pada separuh masa kedua Kelantan
Menambahkan lagi jaringan melalui Ahli Parlimen Rantau Panjang.
         Pasukan Kelantan Antara lainya diwakili oleh Yb Zulkifli Mamat.Yb Zulkifli Yaakub,Yb Hassan Mahmod,Yb Nasaruddin Daud serta Yb Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh ADUN Melor.Sementara pasukan Terengganu Yang diketuai oleh Yb Ustaz Azman Sapawi terdiri dari YM Raja Kamarul baharim,Yb Usataz Wan Hasan Wan Ramli,Yand Dipertua Dewan Undangan negeri Yb.Ustaz Hussin Awang,Yb Hj Mohd Wahid Endut,YB Hj.Ismail Harun,Yb.Azmi lop Yussof,Yb Ustaz Wan Zawawi,Yb.Ustaz Aziz Abbas,Yb.Ustaz Rozali Mohd Yb Hj Ghani Ambak Yb Ustaz Shahrilzulkanain ,Yb Hj Mohamad Hitam,Yb Dr Alias A.Razak dll.Pasukan ADUN Terengganu dikuatkan lagi dengan kehadiran Hj.Azmi setiausaha sulit Kepada YAB Mb,namum tidak mampu menyaingi kehebatan pasukan ADUN Kelantan.
Perlawanan ini merupakan salahsatu siri aktiviti Riadah yang di anjurkan oleh Pejabat
Dewan Undangan Negeri Terengganu.
 

Penulis Tamu