Toloooong!! Permodalan Nasional Kena Rompak!!

Oleh: Awang Siber

Tidak cukup dengan rompakan di Petronas, KWSP, Tabong
Haji, Khazanah Holdings, Danaharta, Danamodal, Bank
Bumiputera, Bank-bank dan institusi kewangan yang
lainnya sekarang perompak-perompak bertopeng
kepimpinan negara merompak pula Permodalan Nasional
Berhad melalui anak syarikat PNB iaitu Permodalan
Usahawan Nasional Berhad.

PNB sebuah institusi yang diamanahkan untuk menjaga
kepentingan pelaburan Bumiputera tidak dikecualikan
dari rompakan nekad mereka. Permodalan Usahawan
Nasional Berhad(PUNB) anak syarikat PNB yang
diamanahkan untuk membantu usahawan-usahawan
bumiputera menceburi perniagaan melalui
venture-capital telah digunakan untuk melaksanakan
rompakan mereka.
Awang Siber pada mulanya menunggu juga pendedahan
media-media perdana institusi mana yang terlibat dalam
pengeluaran bon tetapi harapan tersebut meleset sama
sekali. Maka terpaksalah Awang Siber mendedahkan dalam
media internet ini untuk pengetahuan umum.

PUNB telah mengeluarkan Bon bernilai US$5.0 Billion
bersamaan RM19.8 Billion dengan jaminan kerajaan.Bon
ini dikeluarkan pada 3hb. September 2000 hari-hari
akhir Tan Sri Abu Hassan Sulaiman menjadi Gabenor Bank
Negara. Persoalannya siapa yang bertanggongjawab dan
bagaimana wang sebanyak ini digunakan.
Oleh kerana wang yang terlibat begitu besar dan
memerlukan pelbagai kelulusan kerajaan maka
mereka-mereka ini tidak boleh lari dari tanggongjawab
dalam skandal ini.

1) Perdana Menteri- Mahathir Mohammad
2) Menteri Kewangan - Daim Zainuddin
3) Gabenor Bank Negara (Ketika itu) - Tan Sri Abu
Hassan Sulaiman
4) Pengerusi PUNB - Desa Pachi (Kroni Mahathir dan
Daim)
5) Pengerusi PNB - Ahmad Sarji

Sebenarnya wang ini digunakan untuk membeli
saham-saham syarikat-syarikat kepunyaan Daim dan
Mahathir serta kuncu-kuncu mereka sebelum mereka cabut
lari dari negara kerana mereka tidak boleh bertahan
lagi untuk terus berkuasa. Kebanyakan wang ini
digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat dalam
kumpulan Renong dan United Engineers. Saya juga akan
mendedahkan dokumen bon tersebut untuk perhatian anda
semua.

Sila klik untuk imej yang lebih jelas
Perompak-perompak ini akan merompak segala kekayaan
negara selagi mereka berkuasa dan terus cabut lari
apabila tumbang nanti dengan segala kekayaan berpindah
ke luar negara dan membiarkan negara dan bangsa kita
porak peranda.

Ingat........ apa-apa sokongan yang diberikan kepada
mereka atau penyokong mereka termasok Dollah Badawi
bermakna kita juga bersubahat untuk menghancurkan
negara dan Bangsa kita.

Ayoh bersatu menentang kezaliman, penyalahgunaan
kuasa, rasuah, dan penyelewangan yang tidak boleh
dibendung lagi. Banyak lagi rompakan akan dilakukan
yang InsyaAllah akan didedahkan dari masa ke masa.
Sekian. Berjumpa lagi diruangan yang lain.....

Salam Perjuangan dari Awang Siber
awangsiber@hotmail.com
lihat salinan sijil:-