RAKYAT DIAJAK BERSAMA CEGAH KEMUNGKARAN
 HULU BESUT: Ahli Parlimen Hulu Besut, Hassan Mohamed, mengajak ahli masyarakat di
 daerah itu turut membantu mencegah pelbagai kemungkaran, termasuk gejala sosial, yang berlaku
 di kawasan mereka. 
 Beliau berkata, mereka tidak sepatutnya menyerahkan tugas berkenaan kepada pihak berkuasa
 semata-mata kerana masyarakat juga turut bertanggungjawab menghalang kemungkaran yang
 berlaku di depan mereka. 
 Menurutnya, ibu bapa juga turut berperanan dalam membentuk anak-anak mereka menjadi insan
 yang baik dan dihormati oleh semua orang. 
 "Pembentukan generasi akan datang bermula dari dalam diri dan rumah tangga seseorang itu,"
 katanya ketika berucap di majlis perhimpunan pemimpin bersama rakyat di Kampung Belaoh,
 baru-baru ini. 
 
TERENGGANU DARUL IMAN®