Risikan BN di Sanggang merisaukan mereka

Menurut sumber dalam parti UMNO menunjukkan mereka ketinggalan dalam kajian
beberapa risikan jabatan-jabatan kerajaan seperti SB, KEMAS dll.

Sumber yang amat rapat dengan PM Mahathir, yang sempat IB berbual pada suatu
malam minggu lepas, menyatakan jentera parti amat gusar dengan perkembangan
terbaru ini.  Mereka turut risau kerana senarai pengundi baru yang telah
disahkan terpaksa digunakan.

Dalam kajian KEMAS, PAS/BA dikatakan mendahului dengan sokongan 51.3% dari
pengundi yang layak di DUN Sanggang.

Dalam perjumpaan dengan Pak Lah baru-baru ini beberapa sebab telah dinyatakan
mengapa bakal pengundi akan memihak kepada PAS/BA.  Itulah sebabnya mereka
terpaksa bersetuju untuk menangguhkan mesyuarat bahagian-bahagian UMNO di
negeri Pahang.

Antara yang ketara menrisaukan mereka ialah konflik di antara Pemuda UMNO di
kawasan itu yang amat tidak bersetuju dengan peneraju kepimpinan negeri dan
pusat.

Diberitakan bahawa, di saat-saat akhir Allahyarham Abdullah Kia, sebelum
meninggal dunia, sedang rungsing memikirkan permasalahan konflik yang berlaku.
 Malah, di malam tersebut juga beliau telah bermesyuarat berhubung hal
demikian.

Rakan-rakan IB menyatakan, amatlah sukar, puak-puak yang bertelingkah dapat
duduk di bawah khemah yang sama dalam usaha mengerakkan jentera parti kali
ini.  Besar kemungkinan pertelingkahan tersebut akan lebih merebak lagi dengan
adanya pihak yang tidak pula setuju dengan pemilihan calun Redzwan.

Sama-samalah kita teliti perkembangan ini.

Yang PASti, kaum Cina yang terdiri dari lebih 30% pengundi di DUN tersebut
kini mulai menerima BA dan menyedari pembohongan yang dilakukan oleh UMNO/MCA
semasa kempen November 1999.

Beberapa kumpulan kaum bukan Melayu yang telah melakukan lawatan ke Terengganu
dan Kelantan bagi melihat sendiri pekembangan di negeri-negeri tersebut kini
akan menumpukan usaha mereka untuk berkempen di Sanggang.  Mereka akan
menceritakan pengalaman manis mereka sendiri.

Insha Allah, dengan berkat usaha yang gigih dan du’a yang penuh ikhlas, PAS
akan dapat satu lagi kerusi DUN di negeri Pahang.

Sekian
Ibrahim Baba
14 Mac 2000