TUAN GURU  MB DIJANGKA BAHAS BELANJAWAN PUSAT
    
   
 KUALA TERENGGANU, 26 Feb  -- Kongres Kesatuan
 Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan
 perjumpaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mac ini,
 untuk membincangkan beberapa perkara yang terkandung dalam
 memorandum kongres itu. 

 Presidennya N Siva Subramaniam berkata antara perkara yang
 terkandung dalam memorandum itu ialah berkaitan dengan
 perumahan kakitangan kerajaan, sistem matrik, Sistem Saraan
 Baru (SSB), kadar umur persaraan dan peluang kenaikan pangkat
 di kalangan pekerja. 

 "Cuepacs akan menyambut semua pandangan daripada anggota
 gabungannya untuk dibincangkan dalam pertemuan dengan JPA
 tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
 mesyuarat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)
 di sini, petang semalam. Siva merupakan setiausaha agung KPPK. 

 Beliau berkata perbincangan itu nanti akan menyentuh mengenai
 masalah perumahan di kalangan kakitangan kerajaan serta
 berhubung pinjaman perumahan bagi mereka membeli rumah kos
 rendah dan sederhana. 

 "Pertemuan itu juga turut membincangkan mengenai gaji
 kakitangan kumpulan rendah pada gaji asas, sistem gaji yang lebih
 unik dengan mengikut kepada tahap pengetahuan seseorang
 kakitangan termasuk dalam proses kenaikan pangkat," katanya. 

 Katanya Cuepacs juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan
 dengan kerajaan negeri Terengganu bagi membincangkan beberapa
 isu termasuk pemecatan dan penamatan kontrak kakitangan
 kerajaan di negeri ini. 

 Beliau berkata bagaimanapun kakitangan kerajaan dinasihatkan
 supaya memberikan taat setia kepada kerajaan yang memerintah
 sesebuah negeri bagi memastikan perkhidmatan mereka adalah
 untuk masyarakat umum. 

   

Dipetik dari BERNAMA                                                                  TERENGGANU DARUL IMAN®