TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

KERAJAAN HAPUSKAN CUKAI PINTU

Kuala Terengganu - Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan PAS  mengorak selangkah
lagi didalam meringankan beban rakyat sekaligus menunaikan janji Manifestonya apabila
bertindak menghapuskan cukai pintu rumah kediaman bagi semua penduduk dalam negeri
ini.
     Perkara ini dijelaskan oleh YB Hj.Mustaffa Ali ketika menjawab soalan dari peserta
didalam Majlis dailog Perdana yang diadakan di padang Bola Kg.Tok Jiring ,Kuala Terengganu.
Sambil menunujukkan sekeping notis cukai pintu yang dikemukan oleh peserta,beliau
dengan tegas menjelaskan bahawa ruangan Jumlah perlu dibayar dihitamkan.Ini sekaligus kata
beliau menunjukkan bahawa tiada jumlah yang perlu dibayar,walaupun diruang lain dinyatakan
 jumlah tunggakan.Ruang tunggakan adalah cetakan komputer berpandukan kepada format yang
asal ketika kerajaan BN dahulu.Notis tersebut dikeluarkan sekadar untuk memaklumkan kepaa
rakyat bahawa tiada jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat.
   Seterusnya beliau mengingatkan bahawa rasa resah dan kekeliruan rakyat berkaitan perkara
tersebut adalah mainan politik Umno semata-mata.Itulah kerja Umno kata beliau setelah tiada
lagi isu -isu untuk menggugat kerajaan PAS masa kini.