TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

PERUNDANGAN MAHATHIR = PERUNDANGAN BINTANG TIGA

Kalau zaman dahulu kita selalu mendengar kekejaman komunis bintang 3 iaitu pemerintahan selepas Jepun menyerah kalah. Maka ramailah orang tak tak berdosa telah dibunuh dan semua dakwaan dimahkamah tidak memerlukan saksi hanya suara majority didalam mahkamah yang menentukan betul atau salahnya seseorang itu.

Maka apabila dakwaan dibaca keatas seseorang dan selepas habis dibaca hakim akan bertanya pada majority hadirin, maka berteriaklah mereka dengan menyatakan bersalah dan tak ada kes yang tak bersalah. Semua yang dihadapkan dimahkamah semestinya akan akan didapati bersalah dan akan dijatuhkan hukuman mati.

Maka sejarah telah berulang kembali di Malaysia. Tidak guna pengulungan hujah defenden berjam-jam kerana keputusan telah ditetapkan terlebih awal dengan menyediakan alasan dan hujah yang terlalu tidak relevan.

Kuasa kehakiman yang telah dikuasai oleh kuasa executive telah merosakkan tatacara system perundangan negara. Begitu juga system keselamatan negara yang juga telah dirosakkan oleh kuasa executive.

Dari segi teori, jika ketiga-tiga kuasa ini sudah tidak bebas dan dikuasai oleh mana-mana diantaranya maka akan kucar-kacirlah system sesebuah negara. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Teori ini telah menjadi kenyataan dan telah dibuktikan oleh Mahathir bin Mohamad yang mana ini akan menjadi satu sejarah Malaysia dan juga sejarah dunia. Nama Mahathir akan sentiasa disebut hingga berkurun sepertimana Kamal Atatuk di Turki.

Tapi Allah maha kuasa ketas semuanya dan apa yang telah berlaku mungkin ada kebaikan disebaliknya. Mungkin Allah hendak munguji umat Islam dan apabila mencapai kejayaan kelak, nikmatnya akan lebih disyukuri oleh umatNya dan kejayaan itu akan dijaga dengan sebaiknya.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah menguatkan iman kita dan merestui perjuangan kita menentang kezaliman. Marilah kita daulatkan Islam .
 
 

Cybertaliban.8/8/00