TERENGGANU  DARUL IMAN
 
Royalti Terengganu: Pusat membalas dendam 
Oleh:Mat Zahari Ali 

Cerita mungkir janji dari beberapa episod lakonan kerajaan pusat berhubung perjanjian yang ditangani antara mereka dengan kerajaan Terengganu bukan hanya berkisar kepada pemberian royalti sahaja. Malah beberapa perjanjian lain juga pernah dicerobohi oleh kepimpinan sekular Perdana Menteri, Dato seri Dr Mahathir Mohamad.

Mei lalu kerajaan pusat memberi penjelasan membatalkan kos RM200 juta kepada kerajaan Terengganu untuk menaikkan taraf lapangan terbang Sultan Ismail sungguhpun ia pernah dijadikan isu pilihan raya 1999 oleh umno dan Barisan Nasional (BN). 

Begitu juga dengan perjanjian Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Pahang ke Kelantan. Pada awalnya perjanjian tersebut menggariskan bahawa projek lebuhraya di Pahang dan di Bukit Besi di Terengganu akan di mulakan secara serentak. 

Akhirnya bulan lalu kerajaan pusat pipinan Umno dan BN membuat keputusan menangguhkan projek di Terengganu dan hanya meneruskan projek di Pahang. 

Manakala penghujung Jun lalu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bagi mencadangkan supaya pembayaran royalti minyak kepada kerajaan PAS Terengganu di kaji semula walaupun Petronas memberi jaminan akan memberikan royalti sebanyak RM 810 juta.

Seluruh rakyat menyedari bahawa sebelum ini ketika Terengganu dibawah kerajaan Umno/BN isu royalti tidak pernah berbangkit. Malah seluruh rakyat tidak memperoleh maklumat terperinci berhubung sumbangan royalti petronas kepada pentadbiran Wan Mokhtar.

Hukuman menyingkirkan Wan Mokhtar dari arena politik membayangkan kemarahan Dr Mahathir kepada beliau kerana membiarkan jatuhnya empayar Terengganu yang kaya dengan sumber minyak itu kepada PAS. Keputusan memeranjatkan di seluruh negara mengenai tersisihnya sokongan orang melayu kepada Umno menambahkan lagi 'dos kronik' kemarahan Dr Mahathir kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA). 

Kehilangan mempertahankan terengganu bukan sahaja mengaibkan Umno dari sudut politik dan ekonomi tetapi ia memberi kekuatan baru kepada pembangkang khususnya PAS kerana memiliki sumber kewangan baru dari royalti tersebut. Lantaran itu menghalang Terengganu dari memperoleh bayaran royalti menjadi agenda utama Umno untuk melemahkan PAS dan BA. Sehubungan itu pelbagai usaha untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap PAS dan BA di lihat sebagai momentum utama dari Agenda tersembunyi Umno/BN.

Perkembangan ini dapat kita lihat bagaimana isu Tabung Memali dijadikan bahan serangan ke atas PAS. Hasil dari repot polis yang dibuat oleh seorang ahli PAS yang tidak mendapat tempat dikalangan ahli PAS setempat dijadikan bahan utama untuk diperbesarkan. Tujuan Tabung Memali di perbesarkan bagi menggambarkan se akan-akan PAS tidak mempu mengendalikan wang yang di amanahkan. 

Ini jelas terbukti bilamana isu ini dimainkan hampir tiga minggu sebelum kabinet memutuskan untuk menghentikan bayaran royalti kepada Terengganu. Walhal hampir dua belas repot polis yang dibuat oleh BA berhubung kes penyalahankuasa Dr Mahathir ke atas kes kenyataan bersumpah di Mahkamah Tinggi Persekutuan oleh Bekas Ketua Pengarah BPR di diamkan oleh pihak polis dari pengetahuan rakyat hingga ke hari ini. Tabung memali tidak pernah di sebut sejak sekian lama namun ia dijadikan isu pada saat royalti minyak Terengganu hendak di hapuskan. Andai hendak dijadikan alasan .

Tabung Memali itu seharusnya diuruskan oleh kerajaan sendiri bagi membela rakyat yang pernah dikejami oleh Umno/BN. Sentimen cemburu dengan kepimpinan ulama yang kian mendapat tempat dihati rakyat termasuk mereka yang bukan Islam di Terengganu juga menjadi faktor yang mengapa royalti ditarik balik. Menteri Besar Terengaganu, Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam satu majlis ceramah umum di Selangor sabtu lalu menegaskan penghapusan tol di jambatan Sultan Nasarudin dan penghapusan cukai pintu dikalangan rakyat terengganu antara tekanan yang cuba dikenakan ke atas Terengganu. 

Menurut Haji Hadi penghapusan tol dan cukai pintu tersebut dilaksanakan oleh kerajaan PAS terengganu kerana beliau yakin dengan Royalti minyak yang diterima Terengganu mampu untuk menanggung bebanan rakyat terengganu sekiranya diuruskan dengan penuh amanah. Begitu juga dengan cadangan kerajaan Terengganu untuk membiayai sendiri lebuhraya pantai timur hingga ke Kelantan anatara sebab kerajaan pusat menghentikan bayaran Royalti tersebut. Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perindusterian, petrolium dan Sumber manusia, Mustapha Ali bahawa sekatan royalti kepada Terengganu merupakan serangan kerajaan pusat ke atas rakyat terengganu memang ada kebenaran. 

Ini jelas memandangkan bahawa di bawah kepimpinan Ulama di Terengganu segala penyelewangan tidak timbul kerana ia dipantau oleh Jawatan kuasa Pemantau dalaman (HISBAH). Sekali gus segala perlaksanaan pembangunan meterial yang diseimbangi dengan perkembangan kerohanian akan melahirkan rakyat terengganu yang berakhalak dan dedikasi. Andai ini terjadi maka untuk menawan kembali terengganu akan menjadi mimpi di siang hari pada Umno/BN.

Secara keseluruhannya kesan sekatan royalti ini memberi kesan yang besar kepada ekonomi di samping memberikan imej yang buruk kepada negara. Menurut AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, pelabur luar akan takut untuk melabur di negara ini. Sikap mungkir janji kerajaan pusat terhadap perjanjian yang mereka tandatangani akan memberi pengaruh negetif kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Dr Hatta lagi sikap mungkir janji ini juga meletakkan imej Islam yang digembar-gemburkan sebagi agama rasmi negara juga akan terjejas. 

Ia antara sikap yang akan memburukkan imej Islam seluruh dunia. Isu mungkir janji pemberian royalti kerajaan pusat perlu dilihat secara global kerana ia melibatkan tanggungjawab bersama dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Seandai kerajaan pusat bertindak mengabaikan prinsip demokrasi di Terengganu maka BA perlu mempertahankan hak rakyat dalam negara ini.

Maka rakyat seharusnya bersedia untuk mengembalikan hak tersebut melalui kuasa rakyat jika ingin mengembalikan hak rakyat terus terjamin.