JAGAAN BAYI BARU LAHIR

Penyakit yang kerap berlaku dan amat merbahaya kepada bayi anda ialah:

1. Jangkitan salur pernafasan

2. Jangkitan paru-paru (pneumonia)

3. Sawan yang biasanya disebabkan oleh Jangkitan di otak, kesejukan, kekurangan gula dalam darah dan jaundice yang tinggi.

4. Kekurangan glukos dalam darah (Hypoglysemia)

5. Kesejukan (Hypothermia)

6. Kuning (Jaundice)

7. Jangkitan kuman dalam darah (Septicaemia)

8. Lain-lain penyakit seperti Sakit Jantung Kongenital dan kecacatan-kecacatan anggota yang lain.

Anda dinasihatkan untuk membawa bayi anda ke Klinik Desa/Klinik Kesihatan atau Hospital terdekat jika bayii anda mengalami masalah-masalah berikut selepas dilahirkan:

1. Tidur terlalu lama hingga sukar digerakkan (lebih dari 2-3 jam)

2. Tidak mahu/kurang menyusu |i. Sentiasa menangis

4. Kelihatan letih, iesu dan tidak bermaya.

5. Demam atau Kekuningan

7. Demam, batuk dan selsema

8. Tidak bertindakbalas terhadap persekitaran seperti bunyi bising dan lain-lain.

9. Tidak kencing atau berak selepas 24 jam dilahirkan.

10. Muntah-muntah DAN ATAU Perut Buncit.

11. Sukar bernafas atau nafas terialu laju Pemafasan normal:

# Kanak-kanak berumur kurang dari 2 bulan ialah 60 kali seminit

# Kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 1 tahun ialah 50 kati seminit

# 1 tahun hingga 5 tahun ialah 40 kali seminit.

12. Kebiruan pada bila-bila masa.

13. Kelihatan pucat.

Bayi anda mungkin menghidapi salah satu dari penyakit diatas dan beliau memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi seterusnya dan kematian.

Penyakit-penyakit diatas telah di kenalpasti sebagai penyebab kematian utama dikalangan bayi baru lahir di Malaysia dan Terengganu.

 

Sebarang pertanyaan drcyber : arrijal@putera.com