Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

DEWAN PEMUDA KE KEMBOJA

KUALA TERENGGANU     -  Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan
berangkat Ke Kemboja dalam rangka jalinan muhibbah silaturahim sesama umat
Islam.Menurut jurucakap DPPNT ,rombongan tersebut akan diketuai oleh naib
Ketuanya YB Ustaz Satiful Bahari bin Mamat.
     Disana nanti DPPNT dijangka akan menemui beberapa ulamak terkenal di negara
tersebut.selain daripada itu mereka juga dijangka akan menyampaikan bantuan
kepada umat Islam disana.Antara bantuan yang akan disampaikan nanti adalah
berbentuk wangringgit,pakaian,Al-Quran,Kitab serta ubat ubatan.
Selain daripada itu dijangkakan juga beberapa orang Doktor akan turut serta dalam
rombongan ini seterusnya akan memberi rawatan kepada umat Islam disana.
Petugas-petugas DPPNT sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk memastikan
barang - barang yang dikumpul hampir sebulan lalu selamat sampai .
   Kemuncak kepada lawatan ini DPPNT dijangka akan membeli sebidang tanah disana
untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi penubuhan sebuah pusat pembelajaran Ilmu
disana nanti .