Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi
oleh ibu mengandung ialah:
1. Penyakit darah tinggi
semasa mengandung.
Tanda-tanda:
- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih
dari 90 mmHg. dengan/tanpa
- Oedema (bengkak)
- Air kencing mengandungi albumin.
- Pertambahan berat badan yang berlebihan.
Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya
kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia)
Tanda-tanda "Impending Eclampsia" (akan mendapat
sawan):
- Loya-loya/muntah
- Sakit sudu hati (epigastric pain)
- Penglihatan menjadi kabur
- Pening kepala yang berterusan
2. Penyakit Diabetes
semasa mengandung (Gestational Diabetes)
Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:
- Air kencing mengandungi gula
- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
- Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap
Diabetes
- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung
yang lalu
- Obes (berat badan lebih dari 80kg)
- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya
lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
- Keguguran yang berturut-turut (recurrent
abortion)
- Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis)
yang berulang.
3. Kurang Darah (anaemia)
Semasa Mengandung
iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah
adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.
Tanda-tanda:
- Pucat
- Letih
4. Pendarahan semasa
mengandung
Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung
ialah:
- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)
- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio
Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah
tinggi/terjatuh/tercedera.
- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj
Tanda-tanda:
- Keluar darah melalui kemaluan samada secara
sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.
- Pucat dan letih
- Sakit perut yang berterusan
Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan
secara tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah.
Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan
yang sewajarnya.
5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
- sakit semasa kencing
- demam
- sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
- Gatal dikemaluan
- Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan
berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Leiah (asthma),
Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.
Wanita yang mengetahui mereka menghidapi
penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat
khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan
sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada
beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segata arahan
yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.
7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin
.
Tanda-tanda:
- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas
bersalin (melebihi 500 ml).
- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
- Tekanan darah menjadi rendah
- Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya
menjadi periahan jika pendarahan berterusan.
Kesan kepada ibu dan bayi
Penyakit yang telah dinyatakan diatas adalah
merupakan penyebab utama kematian ibu dan bayi di Malaysia dan juga di
negeri Terengganu.
Sebarang pertanyaan drcyber emailkan kepada
arrijal@putera.com