Make your own free website on Tripod.com
 
EXCO MEMPENGERUSI ANAK SYARIKAT. 
 

Telah beberapa kali saya terbaca penjelasan YAB Tuan Guru MB berkaitan dengan perkara di atas. Ini memberi gambaran bahwa bayak rungutan dan kekecewaan disuarakan tentang perlantikan EXCO sebagai pengerusi anak-anak syarikat kerajaan Negeri. 

Sekali imbas memang ternampak kedangkalan keputusan YAB melantik EXCO atau ADUN sebagai pengerusi anak-anak syarikat untuk membetulkan anak-anak syarikat dengan kuasa yang ada pada EXCO/ADUN itu buat sementara waktu. Kita sedia maklum bahwa ramai yang dilantik untuk jawatan-jawatan tersebut tidak mempunyai pendidikan maupun pengalaman di dalam aspek pengendalian syarikat. Dari segi lojiknya, mana mungkin mereka-mereka ini dapat "membetulkan" anak-anak syarikat yang bermasaalah. Kuasa yang ada pada mereka tidak dapat menjadi pengganti kepada kemahiran/pengalaman. Sebaliknya, kuasa tanpa kebolehan akan mendedahkan EXCO/ADUN sedemikian, kepada penyalahgunaan kuasa secara langsung atau tidak langsung. Saya percaya, inilah yang mendorong se setengah pihak mempertikaikan keputusan MB. 

Jika kita kaji sedalam-dalamnya sebab-musabab anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengalami kerugian besar semasa pemerintahan BN dahulu, saya pasti kita akan seia-sekata bahwa punca utama kerugian yang ditanggung ialah ketidak-jujuran/ikhlasan/telusan di kalangan pengerusi dan pegawai-pegawai syarikat yang berkaitan, dan bukanlah disebabkan oleh kekurangan kemahiran. Dengan itu banyak penyelewengan berlaku sehinggakan banyak anak syarikat yang mengalami kerugian yang begitu teruk. Maka wajarlah penkanan yang harus diutamakan untuk membetul anak-anak syarikat yang bermasaalah ialah menyemai benih-benih keikhlasan dan kejujuran di kalangan pengurus dan kakitangan syarikat-syarikat tersebut.Di sini, pengalaman/kemahiran pengerusi yang dilantik menjadi penambah nilai kepada pengurusan syarikat. Apa yang terpenting, pada peringkat awal ini, ialah kejujuran dan keikhlasan. Saya berharap agar YAB MB akan sentiasa mengawasi " kejujuran dan keikhlasan " EXCO/ADUN yang beliau lantik itu agar tujuan utama menyemai benih kejujuran dan keikhlasan di dalam anak-anak syarikat Kerajaan tercapai. Jika tidak, mereka-mereka yang tidak mempunyai kemahiran/pengalaman mengendali syarikat akan lebih senang diperdaya dan terjerumus ke dalam kancah penyelewengan tanpa mereka sendiri sedari. 

Dengan ini juga saya berharap agar rakyat terbanyak tidak lagi mempertikaikan perlantikan "sementara" ini tetapi sebaliknya menegur kelakuan dan/atau tindakan yang mencerminkan penyelewangan di kalangan EXCO/ADUN yang dilantik. Insyallah, teguran dan kritikan yang membina akan menyelamatkan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. 

Sekian, terima kasih. 

Watchdog.