Sumber Sebenar Wang Ehsan


Pada hari raya Aidil Fitri tahun ini saya berkesempatan pulang berhari raya bersama keluarga
di kampung yang berada jauh di pedalaman Hulu Terengganu.Kebetulan pula inilah kesempatan pertama saya pulang ke Kampung tumpah darah saya selepas kerajaan Terengganu beralih tangan kepada PAS.Saya lihat negeri saya seprti dulu,tidak ada huru hara
malah rasanya perpaduan lebih baik berbanding 5 tahun yang saya tinggalkan dulu.
Cuma ditepi tepi jalan saya lihat bendera PAS dan bendera Terengganu berkibar megah serta 
 diselang seli dengan kain pemidang menuntut hak Royalti yang dirampas dan rompak oleh
Kerajaan Pusat.
Ketika saya pulang ,seminggu sebelum hari raya,riuh di perkatakan tentang pembahagian 
wang ehsan kepada sebagaian kecil penduduk Kampung saya.Mereka dikabarkan mendapat
sumbangan ehsan sebanyak sebanyak RM200.00 seorang.Pembahagian itu telah disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian disitu.Saya memang sebelum ini tidak mengikuti
secara detail perkembangan tentang isu wang royalti ini.Kerana saya jangkakan sudah pasti
duit tersebut telah digunakan oleh JPP untuk pemberian wang ehsan,tetapi selepas berfikir sejenak ,saya merasa pelik ,masakan duit royalti sejumlah RMseribu juta lebih itu hanya
mampu diberi sekadar RM200.00 kepada tak sampai pun 50% rakyat Terengganu.Saya
berjanji pada diri saya akan cuba mencari punca sebenar serta kemana duit ini akan 
dibelanjakan.
          Selepas seminggu pulang berhari raya,saya mula menjalankan tugas sepertibiasa
di ibukota.Saya cuba menghubungi beberapa orang kawan saya yang sama sama
belajar dahulu.Mereka kini ada antaranya telah menjadi pegawai kanan di beberapa
Kementerian.Saya ingin mendapat penjelasan sebenar tentang wang royalti Minyak Terengganu.Nasib saya agak baik kerana kawan kawan saya memberi penjelasan yang
amat memuaskan hati saya.Saya difahamkan oleh mereka bahawa sebenarnya wang 
royalti Petronas masih tersimpan dengan selamat dan tidak terusik.JPP tidak mempunyai
ruang yang baik untuk mendapat duit tersebut.Cumanya duit tersebut tidak disalurkan 
kepada Kerajaan Terengganu.Saya merasa lega dengan penjelasan ini.Ini menunjukkan
bahawa duit itu tidak dapat digunakan (dirompak) oleh JPP dan Kerajaan Pusat ,tinggal
lagi mereka cuma menghalang supaya duit itu tidak disalurkan kepada Kerajaan Terengganu.
Namum begitu satu perkara lagi yang masih bermain di kepala saya,dari manakah duit ehsan yang di agih sebanyak RM 200.00 didapati.Saya cuba menghubungi kawan lama saya di
Kementeria Kewangan samada beliau tahu sumber atau pun ada peruntukkan khas yang di berikan kepada JPP untuk mengagih wang yang dinamakan wang ehsan tersebut.
Kawan saya sendiri tidak tahu secara jelas kerana beliau tidak bertugas di bahagian yang
dimaksudkan.Namum saya tidak berputu asa,saya menghubungi seoarang kawan yang saya
yang bertugas sebagai pegawai kanan di Parlimen.Beliau memaklumkan kepada saya
bahawa duit ehsan yang di bahagikan itu adalah peruntukkan RM500,000 kepada ahli Parlimen setahun,oleh kerana semua ahli Parlimen di Terengganu dari BA,maka duit tersebut
telah disalurkan melalui ketu Bahagian umno.Jadi disini jelaslah kepada saya bahawa duit
ehsan yang di genbur gemmburkan oleh umno Terengganu dari sumber Petronas adalah
suatu sandiwara umno semata-mata.Mereka terpaksa mengambil tindakan ini selepas didesak bertubi-tubi oleh umno bahagian serta JKKK yang mengharapkan elaun mereka dibayar sebelum hari raya lalu.

Sekian.

Anak Terengganu.
Diperantun.