Make your own free website on Tripod.com
EXCO PENGERUSI ANAK SYARIKAT
 

 KUALA TERENGGANU---   YAB Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang
menjelaskan bahawa memang betul dakwaan
sesetengah pehak bahawa Exco Kerajaan negeri
PAS memegang banyak jawatan pengerusi
anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.
      Beliau menyatakan jawatan itu diserahkan
kepada Exco atas dasar kuasa yang ada pada
exco tersebut untuk membetulkan anak-anak
syarikat serta cucu syarikat yang mengalami
kerugian yang amat teruk serta mempunyai hutang
yang sangat banyak."Jawatan ini diberi kepada
exco dengan tujuan untuk mengenali masalah
serta penyelewengan keatas anak-anak syarikat
tersebut."."Setelah masalah dikenalpasti dan
tindakan diambil untuk memajukan semula
syarikat-syarikat tersebut jawatan pengerusi
akan di serahkan kepada mereka-mereka
yang layak.""Kita tidak mahu membeban kepada
mereka dengan permasalahan ini,sekira jawatan
ini diserahkan sekarang"."Jawatan yang di pegang
oleh exco ini bersifat sementara"Tambah beliau.
"Lagi pun semua Exco yang memegang anak syarikat
tidak mengambil sebarang elaun dari anak syarikat
tersebut"."Syarikat sudahlah tenat,kita nak ambil
duit lagi?"Beliau menjelaskan demikian dalam
satu majlis baru-baru ini.