Fakta Penyelewengan di Terengganu

Saya dapat fakta dibawah daripada sumber yang sangat sahih mengenai penyelewengan kerajaan BN dahulu.

Kerajaan Terengganu membelanjakan duit melebihi 50 juta setahun diatas keborosan wakil Rakyat UMNO. Biasanya kerajaan
negeri memperuntukkan 100 ribu setahun untuk pembangunan kawasan tetapi mereka membelanjakan lebih dari 500 ribu demi
kepentingan peribadi dan kuasa, bukannya untuk kepentingan rakyat.

UPU adalah agensi yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan politik Wan Moktar tetapi kerajaan Negeri terpaksa
membayar peruntukan kepada agensi yang tiada membawa keuntungan kepada rakyat ini sebanyak hampir 2 juta sebulan untuk
membayar gaji kakitangannya termasuk segala elaun dan peruntukan projek.

Pegawai-pegawai pertanian pula telah memberi pengakuan dimana mereka telah dipaksa untuk menyuburkan kebun Wan Mokhtar
dimana segala baja-baja, benih-benih yang baik serta kakitangannya dipergunakan tujuan tersebut. Semua pegawai yang membuat
pengakuan ini sanggup kedepan untuk manjadi saksi di mahkamah dimana agensi mereka telah disalahgunakan oleh Wan Mokhtar.
Hal ini masih dalam kajian pihak kerajaan Negeri

Dengan hanya mengawal had perbelanjaan dan pembaziran Pengarah kepada tiga agensi kerajaan, kerajaan Negeri telah dapat
menampung  kembali pendapatan sumber dari pembayaran tol di jambatan Sultan Mahmud. Apa yang menyedihkan kerajaan
Negeri terpaksa bayar bil-bil mereka yang melanggani GRO dan kelab-kelab dangdut serta lain-lainnya. Dokumen dan resit
mengenai hal ini ada di dalam simpanan pegawai yang terbabit. Selain itu, sebanyak 9 juta peruntukan duit yang diberi oleh syarikat
balak kepada UMNO pada tahun 1999  lesap begitu sahaja. Duit itu sepatutnya adalah kepada kerajaan Negeri tetapi mereka
telah menyalahgunakan kuasa. Saya percaya banyak lagi penyelewengan BN semasa memerintah Terengganu akan terbongkar.
 

Pejuang kebenaran
K. Terengganu