Fakta Penyelewengan di Terengganu

Saya dapat fakta dibawah daripada sumber yang sangat sahih mengenai penyelewengan kerajaan
BN dahulu.

Kerajaan Terengganu membelanjakan duit melebihi 50 juta setahun diatas keborosan wakil Rakyat
UMNO. Biasanya kerajaan negeri memperuntukkan 100 ribu setahun untuk pembangunan kawasan
tetapi mereka membelanjakan lebih dari 500 ribu demi kepentingan peribadi dan kuasa, bukannya
untuk kepentingan rakyat.

UPU adalah agensi yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan politik Wan Moktar tetapi
kerajaan Negeri terpaksa membayar peruntukan kepada agensi yang tiada membawa keuntungan
kepada rakyat ini sebanyak hampir 2 juta sebulan untuk membayar gaji kakitangannya termasuk
segala elaun dan peruntukan projek.

Pegawai-pegawai pertanian pula telah memberi pengakuan dimana mereka telah dipaksa untuk
menyuburkan kebun Wan Mokhtar dimana segala baja-baja, benih-benih yang baik serta
kakitangannya dipergunakan tujuan tersebut. Semua pegawai yang membuat pengakuan ini sanggup
kedepan untuk manjadi saksi di mahkamah dimana agensi mereka telah disalahgunakan oleh Wan
Mokhtar. Hal ini masih dalam kajian pihak kerajaan Negeri

Dengan hanya mengawal had perbelanjaan dan pembaziran Pengarah kepada tiga agensi kerajaan,
kerajaan Negeri telah dapat menampung  kembali pendapatan sumber dari pembayaran tol di
jambatan Sultan Mahmud. Apa yang menyedihkan kerajaan Negeri terpaksa bayar bil-bil mereka
yang melanggani GRO dan kelab-kelab dangdut serta lain-lainnya. Dokumen dan resit mengenai hal
ini ada di dalam simpanan pegawai yang terbabit. Selain itu, sebanyak 9 juta peruntukan duit yang
diberi oleh syarikat balak kepada UMNO pada tahun 1999  lesap begitu sahaja. Duit itu sepatutnya
adalah kepada kerajaan Negeri tetapi mereka  telah menyalahgunakan kuasa. Saya percaya banyak
lagi penyelewengan BN semasa memerintah Terengganu akan terbongkar.
 

Pejuang kebenaran
K. Terengganu