TIDAK MELAKUKAN DOSA BESAR DAN TIDAK MENGEKALKAN DOSA-DOSA KECIL.
  
Begitulah fasa yang terdapat didalam syarat-syarat untuk ahli-ahli JSR Terengganu.

Maka terdengarlah desas desus dari  ahli “Parti Pembangkang” disekitar Kemaman yang berbunyi   yang lebih kurang “…….orang PAS tu malaikat lah”.

Perlu diperjelaskan disini kepada ahli UMNO yang jahil tu. Penjelasan nya pendek sahaja iaitu cuba lah buka kitab sikit…tengok syarat-syarat saksi dalam Islam. Syaratnya (anataranya) ialah tidak Fasik.

Apa itu Fasik. Fasik ialah tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa-dosa kecil. Adakah antonim bagi Fasik ialah Maksum?…….jawabnya tidak. Maksum hanya untuk Nabi.

Jadi jelaslah disini bahawa manusia ada yang bersifat tidak fasik iaitu mereka yang beriman dan bertaqwa. Jadi syarat-syarat untuk ahli JSR itu telah dimelayukan untuk memudahkan pemahaman ahli dan mengindahkan bahasa.

Kepada ahli UMNO , janganlah bercakap ikut sedap mulut kerana orang akan tahu setakat mana ilmu yang kita ada. Fikirlah dahulu sebelum bercakap sebab pemimpin  itu dinilai dari percakapan dan tingkahlakunya.
 
 

Wassalam.
Cybertaliban
Cybertaliban@hotmail.com
 
 
 

TERENGGANU DARUL IMAN®