Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" 
tinta_hijau@hotmail.com

 

DIBAWAH INI DISIARKAN SEMULA UCAPAN BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO DAN BN UNTUK
DINILAI OLEH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN,MUFTI ,ULAMAKDAN UMAT ISLAM SELURUHNYA

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.  Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)

" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang.  Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang  bukan  Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis  Tertinggi Umno, 1994)

 "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

 "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam.  Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."  (Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)

 "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam  dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah  cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri.  Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam.  Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)

 "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau  menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik.  Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)

"PAS tidak akan  dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki?  Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)

"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." (Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)

"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994

"Nabi Tidak mencukur janggutnya kerana dizaman beliau tiada gellete"(Mahathir Mohamad,Mesyuarat JawatanKuasa agama
Kebangsaan 1998)
 
 

TENTERA PANJI HITAM