Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

AMANAT HADI  :  KENAPA SETELAH BERGELAR MB

Akhir-akhir ini nama Haji Hadi, menteri besar Terengganu sentiasa disebut sebagai mengeluarkan fatwa yang boleh
mengancam keselamatan negara. Isunya  ialah menghukum sebagai kafir orang yang memisahkan antara ugama dan politik.
Akhbar memainkan peranan memburuk-buruk Haji Hadi dan mengajak rakyat supaya memusuhi beliau sebagai orang yang
sangat merbahaya.

Betulkah dia adalah manusia yang merbahaya? Lima belas tahun dulu, saya sendiri pernah benci terhadap manusia yang bernama Haji Hadi ini. Oleh sebab saya pernah menjadi seorang penyokong kuat UMNO dan Barisan Nasional, maka kepala otak saya penuh dengan pelbagai gambaran buruk terhadap Haji Hadi dan PAS.UMNO telah mereka-reka pelbagai cerita bohong dan fitnah terhadap pemimpin PAS itu, maka dahulu saya dipengaruhi oleh
ajaran-ajaran UMNO. Saya amat benci melihat orang-orang PAS dan sentiasa mencemuh ceramah-ceramah PAS sebagaimana difahami oleh UMNO bahawa PAS memperalatkan Islam untuk politik.

Pada suatu hari, ada seorang ustaz meminjamkan asaya keset ceramah Haji Hadi dalam isu politik dan ugama, isu kafir dan mengkafir.Setelah mendengar dengan teliti huraian Haji Hadi, barulah
saya sedar bahawa selama ini saya telah ditipu oleh orang-orang UMNO. Mereka mengatakan bahawa Haji Hadi mengkafirkan
orang UMNO.

Benarkah Haji Hadi mengkafirkan UMNO? Yang dikatakan oleh Haji Hadi BUKAN dia kata UMNO kafir...tetapi dia menyebut
batas-batas iman dan kufur ...barangsiapa kata politik suku dan ugama suku, maka murtadlah orang itu. Dia TIDAK
kata UMNO itu kafir. Sebagai seorang alim dan peka terhadap gejala kufur, adalah menjadi tanggungjawab dia sebagai
seorang yang beriman menyebut apakah perkara-perkara yang membatalkan iman dan syahadah orang Islam. Secara sedar atau tidak, seorang yang mengaku Islam menjadi kafir atau kufur jika dia kata, "politik suku, ugama suku". Itu adalah amaran daripada Haji Hadi. Dia BUKAN kata UMNO itu kafir.

Cuma orang-orang UMNO yang bodoh dan berniat politik serong mengembar-gemburkan yang Haji Hadi kata UMNO kafir. Jika
benar Haji Hadi beriya-iya mengatakan orang UMNO kafir,kenapa serpihan UMNO yang digelar Semangat 46, ketika mereka
bergabung dengan PAS masa dahulu tidak disuruh oleh Haji Hadi supaya mengucap semula? Sepatutnya, Semangat 46 adalah
kafir kerana mereka adalah bekas UMNO. Ini jelas, Haji Hadi TIDAK pernah kata UMNO itu kafir. Sekali lagi, dia hanya
memperingatkan umat Islam supaya jangan tergelincir akidah kerana memisahkan antara Islam dan politik.

Pihak media massa memainkan peranan memfitnah Haji Hadi.Sekarang ini isu itu dibangkitkan kembali supaya Hadi Hadi
dianiaya. Memang ramai orang Melayu jahil tentang Islam,maka golongan jahil inilah yang akan termakan fitnah dan
dakyah yang dibuat oleh suratkhabar, radio dan televisyen.

Saya sudah berpeluang berbincang dengan Haji Hadi, maka di sini saya cukup kagum dengan pengetahuan Islamnya yang
meluas. Jika kita mengambil Tafsir Al-Alusi, maka kita bawa kapada Haji Hadi untuk menghuraikan isi kandungannya yang
ditulis dalam Bahasa Arab, maka kita akan dapati Haji Hadi antara seorang alim yang berupaya menjelaskan isi tafsiran
Al-Alusi yang penuh dengan mutiara khazanah ilmu Al-Qur'an.
Ini kerana Al-Alusi menulis tafsirnya yang sebegitu hebat,hanya jarang-jarang orang alim-ulama yang mampu membacanya
dengan memuaskan, ..kupasan tentang kaedah 'irab, balaghah,tasrif, lughah dan sbgnya.

Maka saya berdoa agar Allah menghancurkan orang-orang yang mahu menganiaya Haji Hadi.

Penulis Tamu.