Grafiti Parti Ajaran Setan

Bila pula terdapat parti baru ini?

Semasa melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), menghala ke Cheras sebelum
melepasi Kg. Pandan, saya ternampak beberapa lakaran grafiti (conteng) di
dinding pagar kawasan pembinaan tepi MRR2 tersebut.  Ianya betul-betul
bertentangan dengan sebuah tasik sebelah Jalan Ampang Hilir dekat rumah Drs.
Suleiman Mohamed.

Tersentuh pasal Drs. Suleiman, rumahnya yang baru siap diubahsuai sebelum
piliharaya baru-baru ini dikatakan menelan belanja yang hampir setengah juta.
Mana dapat duit itu sebagai hanya seorang timbalan menteri dan beristeri dua?
 

Berbalik kepada grafiti tersebut, IB pernah menceritakan perihal
grafiti-grafiti di ibu negara tumbuh bagai cendawan dengan pelbagai tulisan
yang memaki serta menghentam gerakan reformasi lebih setahun lalu (selepas
APEC).

Dalam tulisan IB pada ketika itu, IB menyatakan bahawa grafiti-grafiti
tersebut kelihatan diconteng oleh suatu pasukan khas yang dilindungi dan
dibiayai oleh pihak-pihak tertentu.  Ini berdasarkan dari tema yang diguna,
bentuk  dan gaya tulisan dan lokasi-lokasi yang banyak ditemui.

(Merujuk pasal dibiayai dan dilindungi oleh pihak-pihak tertentu – cuba
saudara pembaca rujuk kepada kenyataan Sdr. Saifuddin berhubung kekecohan
anjuran Pemuda yang dilakukan semasa persidangan Timur Timor APCET II beberapa
tahun lalu).

Kali ini, grafiti tersebut terdapat di tepi jalan MRR2 kebetulan lagi
berdekatan dengan rumah Drs. Suleiman.

Apakah ianya mempunyai kaitan dengan yang sebelum ini?

Dalam tulisan lalu, IB turut menyatakan bahawa budaya grafiti ini memang sukar
dibuang apabila ianya dimulakan.  Beberapa bandaraya besar dan maju di dunia
yang mana budaya ini sudah meluas mendapati sukar untuk membendung tulisan
conteng ini.

Apakah dalam mengejar wawasan negara maju kita akan turut sama menggalakkan
budaya grafiti?

Kembali kepada sebutan dalam grafiti tadi, parti siapa yang mengikut ajaran
setan?
Kalau pemimpin parti UMNO kata (dalam akhbar Jepun Isnin 14 Feb) dia boleh
terima orang yang minum arak (wine) ...
Kalau pemimpin parti UMNO yang membolehkan menuduh orang zina dan liwat tanpa
saksi ...
Kalau pemimpin parti UMNO mengarahkan polis untuk membunuh mereka yang belajar
Islam ...
Kalau pemimpin parti UMNO memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan menuduh
PAS pula ...

Maka bukankah parti UMNOlah parti ajaran setan?

Sekian
Ibrahim Baba
16 Februari, 2000