(13-3-2000) - Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu] minta
                 Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa Jabatan Penjara
                 membenarkan hanya tiga orang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim
                 menemui beliau semasa berada dalam Penjara Sungai Buloh.

                  Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri
                 Abu Zahar bin Isnin]:  Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab
                 soalan Ahli Yang Berhormat bagi Kota Bharu, adalah tidak benar
                 sama sekali bahawa Jabatan Penjara Malaysia hanya membenarkan
                 tiga orang sahaja peguam menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim bdi
                 penjara Sungai Buloh.  Berdasarkan kepada rekod semenjak ditahan
                 dan menjalani hukuman penjara tersebut mulai 14 Oktober 1998
                 sehingga 12 Februari 2000 ini seramai 23 orang peguam telah
                 dibenarkan menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kekerapan
                 sebanyak 348 kali perjumpaan.  Jumlah peguam dan juga kekerapan
                 tersebut tidak mengambil kira perjumpaan yang berlaku di
                 mahkamah.

                 Adalah dimaklumkan juga bahawa kemudahan lawatan oleh peguam
                 untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga lain-lain banduan
                 dilaksanakan oleh Jabatan Penjara berdasarkan kepada peruntukan
                 yang ditetapkan oleh Peraturan Penjara 1953.  Terima kasih.

                 Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak:  Tuan Yang di-Pertua,
                 terima kasih di atas penjelasan yang telah diberikan, cuma saya
                 ingin tahu mengikut bilangan yang telah diberikan sebanyak 348 kali
                 dalam tempoh yang telah dinyatakan tadi, daripada 14 Oktober 1998
                 hingga 12 Februari 2000, kita dapati masa yang diberikan kepada
                 peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim ini banyak waktunya di
                 mahkamah, tetapi masa terlalu terhad diberikan kepada
                 peguam-peguam semasa melawat beliau semasa berada di penjara
                 Sungai Buloh.  Jadi, sedangkan kalau kita lihat beliau lebih
                 memerlukan masa di dalam keadaan ketenangan dan sebagainya
                 waktu berada di penjara Sungai Buloh untuk berbincang sesuatu
                 dengan peguam-peguam yang terlibat.  Saya minta penjelasan
                 mengenai perkara ini.

                 Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin:  Tuan Yang di-Pertua,
                 sebagaimana yang telah saya jelaskan tadi, peluang untuk peguam
                 Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa antara mahkamah dan juga di
                 penjara adalah dalam situasi yang berlainan kerana di penjara kita
                 berpandukan kepada ketetapan yang telah ditetapkan oleh
                 Peraturan Penjara 1953. Terima kasih.
                 (29/2/2000) Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih,
                 Tuan Yang di-Pertua. Soalan Tambahan.  Adakah pihak kerajaan
                 sedar bahawa perlombongan timah yang telah dijalankan selama ini
                 ialah melibatkan kawasan-kawasan yang dianggap sebagai kawasan
                 alluvial ataupun menggunakan kaedah  graver pump dan hasil
                 sebenarnya ataupun resources, dengan izin, sebenarnya bijih negara
                 kita masih tersimpan di dalam bentuk primary deposit ataupun
                 deposit hard rock, dengan izin. Jadi, berdasarkan kepada
                 kedudukannya dalam bentuk primary deposit, adakah kerajaan
                 mempunyai kaedah untuk membolehkan bahawa terdapatnya kajian
                 yang melibatkan kos yang agak tinggi kerana ianya memerlukan
                 kepada knowledge base, kepada hi-tech technology yang mana kita
                 memerlukan kepada kajian yang dalam bentuk primary deposit.  Jadi,
                 saya melihat bahawa sekiranya Malaysia ingin memasuki bidang
                 perlombongan yang besar ataupun yang boleh menyaingi negara-
                 negara lain, saya mencadangkan supaya terdapatnya satu dasar
                 yang membolehkan kita membuat kajian secara menyeluruh
                 menggunakan teknologi hi-tech termasuklah setelit umpamanya.
                 Terima kasih.

                 Datuk Anifah bin Aman: Terima kasih atas cadangan dan
                 pandangan Yang Berhormat tadi. Kita memanglah fokus
                 pembangunan sektor mineral yang telah berubah daripada sektor
                 yang berasaskan perlombongan timah lanar atau alluvial, dengan
                 izin, kepada  pembangunan pelbagai mineral berlogam dan juga
                 mineral-mineral  perindustrian dan maetealic mineral, dengan izin,
                 seperti basil silica, batu kapor dan empung.  Bagi mineral berlogam,
                 aktiviti perlombongan di masa akan datang akan bertumpu kepada
                 perlombongan bawah tanah dan kita juga, apa yang telah disarankan
                 oleh Yang Berhormat tadi akan mengkaji dan meneliti cara-cara kita
                 melombong dan ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar oleh
                 pihak-pihak pelabur dan juga yang akan membelanjakan berjuta-juta
                 ringgit dalam aktiviti ekplorasi dan walaupun ada aktiviti ini yang
                 belum dimulakan. Yang Berhormat, sekiranya kita mendapat kajian
                 yang terperinci untuk menggunakan sistem satelit ini untuk ekplorasi
                 dan juga perlombongan, kita akan sedia memberi maklumat yang kita
                 perolehi kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.