ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

MAHATHIR GILA MINYAK

Kalau Anwar masih TPM nasib Terengganu tak seburuk hari ini…

Nasib kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan Pas mungkin tidak menjadi seburuk yang dihadapinya sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan. Pemberian wajib royalti 5 peratus kepada kerajaan Terengganu tidak akan ditarik balik semudah itu. Penafian ke atas hak rakyat Terengganu tidak akan dilupuskan serakus demikian. Perjanjian yang ditanda tangani bersama itu tidak akan dimungkiri. Sebagai seseorang yang berpegang kepada prinsip Islam tidak tergamak untuk beliau menjadi seorang munafik.

Atau sekiranya Mahathir ingin juga membalas dendam atau menganiaya kerajaan Terengganu, pasti Anwar akan mempertahankannya. Anwar akan mengemukakan hujah dan pandangannya untuk berlaku adil kepada kerajaan Terengganu.

Mungkin bukan semua menteri dan pemimpin Umno terutamanya yang reti dan faham mengenai demokrasi setuju dengan cadangan menarik balik royalti minyak itu. Barangkali ada yang merasakan terkilan dan sedih di atas tindakan dan percabulan itu. Tetapi apa boleh buat, kerana mereka tidak berani untuk menyuarakan pandangan mereka, mereka akur dan ikut sahaja. Mereka 'enggih'kan sahaja apa yang Mahathir buat. Baik pada Mahathir baiklah kepada mereka. Dalam situasi seperti inilah orang yang berani seperti Anwar diperlukan. Dia akan membangkang apa-apa yang dilihatnya tidak adil dan mencabuli hak orang.

Keadaan di Terengganu tidak menjadi sekalut dan sekejam hari ini kalau Anwar berada kerajaan.  Mengapa kita berkata demikian? Apakah Anwar seorang dewa suci yang sentiasa meletakkan kepentingan bangsa dan agama. Yang selalu berlaku adil dan saksama? Apakah anwar juga tidak akan bertindak demikian kalau beliau berada di tempat Mahathir, yang malu dan luka apabila partinya kalah. Apakah Anwar juga tidak akn membalas dendam?

Satu perkara yang perlu difahami oleh semua orang ialah, ialah di antara Anwar dan Mahathir banyak perbezaannya. Baik dari segi ilmu, pendekan politik, keprihatinan kepada agama dan bangsanya. Begitu juga dari segi semangat nasionalistik, Anwar lebih ampuh dan mapan berbanding dengan Mahathir. Perbezaan inilah memungkin tindakan berlainan di antara mereka.

Sebagai seorang yang memperjuangkan keadilan sejak di bangku sekolah lagi, corak politik Anwar terarah kearah itu. Perjuanganya untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dipraktik dalam pentakbirannya. Kalau dilihat, sewaktu menjadi TPM, Anwar lebih banyak menumpukan kepada projek membangun manusia, membela nasib orang miskin daripada memberi tumpuan kepada projek mega. Sebab itulah sesetengah projek mega bikinan Mahathir ditentang hebat oleh Anwar. Penentangan ini juga diantara faktor beliau ditentang.

-Sedutan dari tulisan menarik Mohd Sayuti Omar(MSO) di dalam majalah MAHATHIR GILA MINYAK yang sedang berada dipasaran!