Make your own free website on Tripod.com
Gunawan Steel Terengganu

Negeri Terengganu boleh berbangga kerana bukan kerana negeri yang dibangunkan
atas industri petroliam dan gas asli tetapi kerana diruntuhkan ekonominya di
bawah pemerintahan BN yang lalu kerana industri besi waja yang tidak menjadi.

Ramai yang sudah dimaklumkan bagaimana Eric Chia menggunakan Perwaja untuk
mengkayakan dirinya serta keluarga dan boss-bossnya.  Kemudian setelah ratusan
juta yang telah dileburkan (bukan besi waja sahaja yang dilebur oleh gangster
Eric Chia), penjenayah-penjenayah yang telahpun dikenalpasti masih bebas
angkuh dengan kemewahan mereka.  Lihatlah deretan rumah Eric Chia dan
keluarganya yang tersergam 4-5 tingkat di satu bidang tanah seluas tidak
kurang dari lima lot di PJ.

Tetapi mungkin ramai juga yang tidak ketahui bahawa negeri Terengganu turut
juga mempunyai sebuah lagi kilang besi yang besar bersebelahan dengan Perwaja
Steel.  Kilang yang kini telah ditutup menunggu masa untuk dilelong ialah
Gunawan Steel.  Pekerja-pekerjanya semuanya telah diberhentikan (tidak pula
dilaporkan oleh media???).  Yang tinggal hanyalah pengawal keselamatan untuk
menjaga harta yang bakal dilelong nanti.

Seperti juga Perwaja, Gunawan Steel turut menggunakan wang rakyat negeri
Terengganu untuk dileburkan dalam kilang besi yang panas itu untuk diagihkan
hartanya kepada kaum kerabat dan suku sakat pemerintahan dan pentadbir lalu.

Yang paling ketara dan menjadi buah mulut orang ramai rakyat jelata negeri
Terengganu ialah bagaimana pemerintahan dan pentadbiran negeri di bawah BN
boleh menlantik anak kepada bekas SUK  Dato' Azhar sebagai Pengurus syarikat.
Mengikut ceritanya dari segi kelayakan dan pengalaman beliau memang OUT.

Pakej yang beliau ditawarkan, dipetik dari Wisma Darul Iman, ialah anak Dato'
Azhar dibayar dengan US$10,000 sebulan.  Mana tidaknya habis duit rakyat
terlebur di kilang tersebut.

Yang anehnya Gunawan Steel yang tiada kena mengena dengan Perwaja dibina
bersebelahan.  Tetapi Sebuah lagi kilang Perwaja dibina nun jauh di negeri
Jelapang Padi.  Tak mengaji ke mereka ni pasal kos pengangkutan dan
logistiknya???.  Bahan hasil dari Terengganu nak diangkut ke Kedah - kan jauh
tu.  Siapa yang kata Mahathir tu cerdik dan pakar dalam pengurusan perniagaan?
 Dia sebenarnya lanun di siang hari dan di atas daratan.  Menyamun wang titik
peluh rakyat untuk keluarga dan kroninya tanpa segan silu.

Sekian

Ibrahim Baba
16 Januari 2000