AKHBAR HARAKAH MUNGKIN DITERBITKAN
                                         DUA KALI SEBULAN
 



KUALA LUMPUR--- Akhbar kegemaran ramai masakini kemungkinan besar akan diterbitkan sebulan dua kali,ini bermakna
pembaca harakah akan kehilangan 6 keluaran.Harakah, sebuah akhbar yang mula diterbitkan oleh Jabatan Penerangan PAS pada
tahun 1987.Menerut sumber yang sampai kepada kami pada
jam 7.30 malam 1 mac 2000 Pengurusan Harakah hanya menerima permit penerbitan untuk 2 kali sebulan,tidak sepertimana sebelum ini ia diterbitkan 2 kali  seminggu.Harakah menjadi sumber utama rujukan pemerhati politik di pelusuk tanahair selepas
media perdana tidak memberi gambaran yang jelas terhadap isu-isu semasa dalam negara,terutama dalam kes Dato' Sri Anuwar bin Ibrahim.
      Harakah sebelum ini mengumumkan bahawa akhbar tersebut edisi jumaat tidak dapat diterbitkan berikutan masalah permit penerbitan.
       Menurut sumber yang diterima kemungkinan Harakah
akan diterbitkan dalam bentuk majalah pada setiap 15 dan
30 haribulan pada setiap bulan.Keluaran sulungnya dibayangkan bermula pada 15hb mac 2000.

TERENGGANU DARUL IMAN®