ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU


 
 

"Habislah Umno jika Terengganu dapat royalti"
-Sebahagian petikan dari ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh Haji Mustafa Ali (Pas-Dungun)

Mungkin dalam senarai saya beberapa pemimpin pusat yang membuat keputusan, iaitu Perdana Menteri, menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri ini pun bukan orang yang membuat keputusan walaupun dia adalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen bagi Jerebu, ini saya rasa pun bukan orang yang membuat keputusan tetapi orang yang menggantikan tempat Ibrahim Ali dulu.

Suatu ketika dulu, saya sebut nama ini dan orang yang akan melaksanakan apa yang diarahkan oleh Perdana Menteri untuk melakukannya sehingga tergamak dalam [Menunjukkan keratan akhbar]. Kalau benarlah hari ini satu kenyataan yang dibuat oleh beliau semalam, 'No more royalty payments deal with Terengganu revoke'. Ini dalam Star, saya terpaksa - kerana ini yang lebih jelas, semua surat khabar menyiarkan ini tetapi ini yang lebih jelas.

Ertinya, tanpa ada perundingan sama sekali, tanpa memberitahu sama sekali, dia telah meyatakan perjanjian itu dibatalkan. Dulu dia juga tidak mengiktirafkan ini sebagai suatu 'perjanjian' dia menyebut hanya 'MoU' saja. Waktu itu disiarkan dalam TV3, suatu interview dia menyebut 'MoU', hari ini dia menyebut 'perjanjian' dan perjanjian itu telah dibatalkan.

Saya kena semak sama ada keputusan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini keputusan yang dibuat oleh kerajaan secara menyeluruh kerana perjanjian itu menyebut - saya ambil yang hujungnya saja, Perjanjian itu "Therefor this letter shall bind both parties to the agreement effective from the first day of January 1987 unless otherwise revoke by mutual agreements". "Mutual agreements" ertinya mestilah persetujuan kedua-dua belah pihak. Tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini telah memilih suatu tindakan seperti itu.

Saya kenal mereka ini kesemua, keempat-empatnya saya kenal secara peribadi dan saya terkejut menyedari kerana mengenali mereka ini dulu bahawa mereka boleh seperti ini sekarang.

Menyedari dan mengenali mereka ini saya terkejut bahawa inilah inilah sikap yang diambil oleh mereka yang bertanggungjawab ini. Malah seorang kenalan saya yang juga seorang lawer, bila dia dengar suatu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di TV bahawa dia sendiri tahu bahawa perjanjian ini adalah diantara Petronas dengan kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyebut ini 'MoU' bukan 'perjanjian', dia menyebut kepada saya. Saya pinjam apa yang disebut, "Saya terkejut apa disebut oleh Menteri itu. Dia seorang lawyer tapi sampaikan kepada dia kalau saudara boleh - he is not a lawer but a LIAR". Saya pinjam apa yang disebut kepada saya waktu itu. Betapa kecewanya orang seperti ini melihat seseorang yang mempunyai pendidikan sampai Ph.D tetapi 'is a disgrace' kepada Ph.D yang dipunyai itu sendiri.

-