HARAKAH BARU ,JUMAAT INI

   KUALA LUMPUR-- Akhbar pembangkang popular, Harakah, yang kini boleh
 iterbitkan hanya dua kali sebulan akan menemui pembacanya Jumaat ini.
  Kusan ini dicapai dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tabloid itu  semalam. Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong, memberitahu malaysiakini   hari ini bahawa akhbar rasmi PAS itu akan menambah bilangan halamannya an menaikkan harga. 
     "Kita akan keluarkan setebal 72 muka surat dan harganya
   RM2.50 senaskhah," kata Zulkifli. 
  Pertambahan muka surat dipercayai akibat perubahan konsep
 penerbitannya. Konsep baru ini akan dipenuhi analisis berita,
 rencana, laporan dan pendapat. Penulis tamu Harakah dan
 juga Naib Presiden PRM, Rustam A. Sani, dipercayai akan
 memimpin satu bahagian laporan dalam tabloid itu. 
 Sebelum permitnya tamat pada Selasa lalu, tabloid itu
 diterbitkan setebal 40 halaman dan dijual dengan harga
 RM1.30 senaskhah. Akhbar yang sebelum ini diterbitkan
 setiap Isnin dan Jumaat itu memuatkan berita-berita semasa,
 kenyataan pemimpin PAS, analisis berita dan beberapa
 penulis kolum yang popular, antaranya Subky Latif dan Ibnu
 Muslim. Bahagian bahasa Inggeris, ‘English Section,’
 mendapat perhatian khusus dari pembaca yang lebih
 berpelajaran. 
"Ia akan diterbitkan setiap awal dan pertengahan bulan,"
 tambah Zulkifli, yang kini sedang menunggu perbicaraan atas
 tuduhan ‘menghasut’ pada 22 Mei depan bersama pemilik
 syarikat percetakan itu, Chia Lim Thye. 

Sejak Kementerian Dalam Negeri mengurangkan bilangan
terbitannya Rabu lalu, terbitan pada Jumaat ini merupakan
edisi pertama dengan konsep baru. 
Dalam perkembangan berkaitan, PAS bersama parti komponen
Barisan Alternatif akan menganjurkan ceramah umum esok
bagi membantah tindakan KDN. Ceramah yang dijadualkan
dihadiri oleh empat pemimpin tertinggi BA itu akan diadakan
 di Pusat Tarbiyah PAS di Taman Melewar.
 Jumaat lalu, lebih 500 penyokong PAS menyertai satu tunjuk
 perasaan protes di Alor Setar dan beberapa ratus lagi di Kuala
 Lumpur.