Terengganu ( hari dalam masaalah ) – Komen.
 

Di dalam jangkamasa peralihan ( transition ) tak dapat tidak kita akan berdepan dengan berbagai masaalah. Masaalah-masaalah yang diketahui perlulah diketengahkan agar dapat difikirkan bersama. Kerajaan dan Rakyat yang cintakan pentadbiran terbaik, dengan harapan satu rumusan yang rasional dibuat dan dilaksanakan oleh pihak yang berwajib.

Masaalah yang diutarakan bertajuk di atas, pada pengamatan saya mempunyai dua (2) ciri utama seperti berikut:
? Sikap mereka yang menerima bantuan Kebajikan Masyarakat yang tak mahu berubah.
? Protes dari kalangan anak-anak yang ‘ berada’ kerana ayah/ibu mereka terkeluarkan daripada senarai penerima walhal sudah bertahun-tahun menerima bantuan sebelum ini.

Kepada ciri pertama masaalah ‘tak mahu berubah’ tidak dijelaskan penulis. Soalannya ialah perubahan yang dimaksudkan itu dari mana ke mana? Dalam keadaan sedemikian saya mengandaikan ‘perubahan’ yang dimaksud penulis ialah penerima tidak langsung menunjukkan sokongan terhadap Kerajaan baru PAS. Ingin saya ingatkan di sini bahwa bantuan Kebajikan Masyarakat yang diberi Kerajaan, tak kira apa Parti Politiknya, tidak seharusnya bermotif atau dilihat sebagai umpan untuk menarik sokongan penerima kepada Kerajaan yang memerintah. Ianya bermatlamat membantu masyarakat yang memerlukan bantuan demi untuk kesejahteraan hidup dan keadilan sjagat.Apatah lagi Kerajaan hari ini yang diterajui PAS yang berhasrat dan bermatlamat membimbing masyarakat ke arah pencapaian kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Selain itu, adalah menjadi fitrah maanusia yang sukar menerima perubahan. Insyaallah perubahan yang dihajati penulis akan berlaku jua apabila penerima itu sendiri menilai kelebihan Keajaan ini.

Kedua, berkaitan dengan protes oleh anak-anak ‘berada’. Mereka yang protes itu hanyalah melepaskan perasaan tak puas hati tanpa menilai lanjut sebab-sebab ayah/ibu mereka dipotong bantuan. Kita sendiripun, jika dahulunya menerima imbuhan dari projek Kerajaan, kini tidak diberi lagi, akan memprotes habi-habisan kononnya Kerajaan tak adil. Sebenarnya kita dinafikan kerana ramai lagi yang lebih layak atau mungkin kita sendiri dulunya diberi projek bukan berasas kepada kelayakan. Berbalik kepada protes pemotongan bantuan Kebajikan Masyarakat, saya menyanjungi usaha Kerajaan memutihkan senarai penerima. Saya sendiri kadangkala mempersoalkan kenapaq si anu dan si anu itu menerima bantuan walhal mereka lebih dari mampu menyara diri bersandar kepada harta yang mereka miliki. Dengan pemutihan ini mereka yang sedemikian adalah wajar dikeluarkan dari senarai penerima.

Memanglah benar,protes-protes sebegini, sedikit sebanyak akan digunakan oleh pihak yang tidak senang dengan Kerajaan yang ada ini untuk memburuk-burukkannya. Untuk merengankan impak, pihak yang berwajib mestilah tentukan janganlah ada penerima baru yang boleh dikategorikan sebagai ‘mampu menyara diri’. Dan sebagai rakyat yang cintakan keadilan, kita boleh memainkan peranan  dengan memberi penjelasan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih

Watchdog.