MENGINGATI ULANGTAHUN KESHAHIDAN
 IMAN HASSAN AL BANA

 


Hari ini, 15hb Februari, adalah genap 51 tahun, pengasas gerakan Ikhwan ul
Muslimun, Ash Shahid Imam Hassan Al Banna, di bunuh di kota Kaherah.

Gerakan yang diasaskan oleh beliau telah berkembang luas di seluruh pelusuk
dunia.  Walaupun hanya beberapa negara Arab yang kekal menggunakan nama Ikhwan
Muslimun untuk gerakan itu di tempat masing-masing, tetapi masih banyak lagi
gerakan Islam di negara lain termasuk di negara kita yang menggunakan kaedah
gerakan berdasarkan kurikulum Ikhwan Muslimun.

Tema yang gemar digunakan ialah:
Allah adalah matlamat kita
Rasulullah pemimpin kita
Al Qur’an perundangan kita
Al Jihad adalah perjalanan kita
Shahid di jalan Allah harapan tertinggi kita.

Dan begitulah tercapainya harapan As Shahid Imam Hassan Al Banna yang shahid
di tembak di sebatang jalan raya di bandar Kaherah pada tahun 1949.

Sempena itu, sama-sama kita berdoa’ agar rohnya diletakkan di kalangan para
shuhada’ dan kita mempertingkatkan usaha kita untuk menegakkan Al Qur’an
sebagai perundangan kita melalui jalan Jihad.

Sekian
Ibrahim Baba
Februari 15, 2000
 

____________________________________________________________________