Make your own free website on Tripod.com
Hak istimewa orang Melayu : di mana puncanya

Biar saya bincang secara terperinci siapakah yang sebenarnya hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia ini.Ketiga-tiga orang Perdana Menteri sebelum Datuk Seri Mahathir Mohammad “sah” mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Mereka itu walaupun berketurunan darah camporan,tetapi mereka tetap sayang akan bangsa Melayu.Mereka pertahan “instutusi raja” miskipun budaya hidup raja-raja melayu kadang-kadang bercanggah dengan budaya Islam.Apabila naik sahaja Datuk Seri Mahathir Mohammad, “institusi raja” sedikit sebanyak mulai tergugat, termasuk memansuhkan imuniti raja dengan agenda yang khusus disamping menelanjangkan raja-raja Melayu dengan sedemikian rupa, sedangkan bangsa Melayu bernaung dibawah institusi raja.

Disini jelaslah dan sah orang yang menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu ialah Dr mahathir mohammad sendiri, sebab itu Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor mengatakan itu Cuma lakonan yang dilakonkan semula oleh Mahathir dan UMNO. Keputusan itu bukan sahaja dibuat oleh Dr Mahaathir seorang sahaja, malah semua orang Melayu yang jadi ahli UMNO terbabit secara langsung.