HISBAB AKAN DIPERLUASKAN

Sistem hisbah atau ombudsmen yang dipelopori oleh kerajaan
negeri Terengganu mungkin diperluaskan di negeri lain jika Barisan
Alternatif memerintah.

Sistem itu yang membolehkan orang awam membuat aduan terus
mengenai kegagalan dan kelekehan kerajaan kini di bawah
kelolaan anggota Exco negeri yang juga bekas Ketua Hakim
Negara, YAB Tun Mohamad Salleh Abas.

Tun Mohamad Salleh dipecat sebagai Ketua Hakim Negara oleh
MAHAFIRAUN kerana enggan mempergunakan sistem kehakiman
untuk kepentingan UMNO.

Sistem hisbah itu mungkin diperkenalkan di Kelantan, selain
digunakan dalam peringkat yang lebih kecil di kawasan-kawasan
parlimen dan DUN yang ditadbir oleh PAS dan KeADILan.-
(Mohamad Maizul) 30 Disember 99