ISU KETUA KAMPUNG
     Setelah sekian lama tidak menulis diruangan DarulIman,saya semacam terpanggil untuk terus mengulas isu berkaitan kenyataan
Pengerusi persatuan ketua Kampung Terengganu Hj.Nawang Ismail,yang meminta pucuk pimpinan Kerajaan PAS Terengganu
mengeluarkan kenyataan hitam putih kedudukan ahli -ahli mereka sekarang.Kenyataan ini dikeluarkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan timbalan pengerusi Badan perhubunagn Umno negeri Terengganu Dato'Idris bin Jusoh.
   Antara lain beliau menyebut bahawa Kerajaan negeri perlu mengeluarkan segera surat rasmi berkenaan kedudukan mereka.Kita tidak tahu atas muslihat  dan kapasiti apa beliau membuat pertemuan dengan Dato'Idris Jusoh.Walaupun mungkin beliau merupakan ahli Umno yang masih setia,kenapa soal ketua kampung perlu dirujuk kepada Dato'Idris.Sedangkan secara rasmi dan protokolnya beliau sepatutnya berbincang dengan penghulu mukim atau pegawai Daerah.Disini jelas menampakkan kepada kita apa yang dinyatakan oleh sahabat kita melalui laman ini dibawah tajuk "kedurjanaan Umno Terengganu"memang sah berlaku.
         Saya difahamkan oleh satu sumber yang dekat dengan Hj.Nawang Ismail  tujuan beliau menemui Dato'Idris adalah untuk mendapat pandangan tindakan seterusnya yang boleh dimainkan oleh mereka untuk menimbulkan suasana tidak sihat dikampung-kampung.Malah mana-mana ahli persatuan tersebut yang tidak mahu bersama mereka,iaitu yang bercadang menerima semula perlantikkan oleh kerajaan negeri akan dipulau,hatta mereka membuat pelbagai ugutan.
           Bagi saya soal surat rasmi kedudukan mereka tidak timbul,cuma menuggu saat dan ketikanya sahaja.Ini kerana proses pemilihan diperingkat kampung telah selesai,semua senarai Ketua Kampung merangkap Pengerusi JSR telah berada ditangan Pegawai Daerah untuk mendapat kelulusan dari YAB Tuan Guru Menteri Besar.
Tunggulah ,akan tiba masanya.Hj.Nawang tidak ada hak untuk mengarah kerajaan negeri berbuat demikian.Sumber tersebut juga memaklumkan Hj.Nawang meminta jaminan dari Dato'Idris Jusoh supaya ahli-ahli mereka yang sanggup berhenti dan ditamatkan kontrak mereka diberi satu yang kedudukan serta jawatan yang yang selesa oleh kerajaan Persekutuan yang berfungsi sebagai Pegawai pembangunan Kampung.Menurut sumber itu lagi Dato'Idris tidak dapat memberi sebarang keputusan berkait dengan perkara tersebut,memandangkan beliau sendiri tiada jawatan yang rasmi di Jabatan Persekutuan.
        Mereka mencadangkan agar Pegawai Pembangunan Kampung ini di letakkan dibawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (jpp) yang akan diwujudkan nanti.
Hj.Nawang juga mencadangkan agar kerajaan persekutuan membayar elaun sebanyak Rm1000-r m1500 sebulan kepada PPK ini bergantung kepada lamanya perkhidmatan mereka selama ini.
 

Penulis Tamu

spanar_idup@hotmail.com
Bukit Payung
Marang
Terengganu.