ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU


Hudud boleh ubati Aids

Terjemahan petikan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 2:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat, masing-masing 100 kali sebat dan janganlah kamu merasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman dengan Allah dan hari kemudian.

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukum hudud antaranya adalah hukum bagi mereka yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat 2 jenis hukuman bagi 2 kategori manusia yang melakukan kesalahan itu:

1. Sebat 100 kali untuk pesalah yang belum berkahwin.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.

HIKMAH DI SEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI:
Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System). Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Dificiency Syndrome).

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat: Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang nterbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.

Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah.

Rujukan: Al-Quran dan Sains, siri pertama. M/S: 33-37
Pengarang: Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan.

Daripada, Insan yang dhaif.