Make your own free website on Tripod.com
 



 

Amanat Hadi VS Amanat Mahathir

Saya amat tertarik melihat senario politik yang berlaku muktahir ini di negara kita. Dari apa yang dapat dilihat sekarang ini kerajaan begitu jelas cuba menyerang PAS dari segala sudut. Keputusan  Majlis Fatwa Kebangsaan tidak melarang perkataan ISLAM dalam mana-mana pertubuhan menyebabkan UMNO dan Kerajaan macam “ Cacing Kepanasan”. Lantaran itu Parti Islam SeMalaysia (PAS) diserang lagi. Kali ini Amanat Haji Hadi pula dijadikan isu. Kita tengok dalam TV 3 Suku, Berita Hairan dan Utusan Meloya masing-masing sibuk memperkatakan tentang Amanat Haji Hadi. Menurut YAB Perdana Menteri, keengganan Pas menarik balik Amanat Haji Hadi yang dikatakan menjadi punca kejadian mengkafirkan ahli UMNO menunjukkan parti itu telah menyeleweng daripada pegangan ajaran Islam. Menurut Perdana Menteri, Pas sebenarnya memperalatkan Islam (dengan mengkafirkan orang UMNO) untuk mengeliru dan menggagalkan pegangan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar.

Sebelum saya ingin mengulas lanjut tentang Amanat Haji Hadi ini, suka saya ingin bertanya kepada PM dan UMNO . Apa dah jadi dengan Malaysia ? Apa dah jadi dengan UMNO ? Apa dah jadi dengan Mahathir ?. Dalam sibuk-sibuk mengadakan rundingan untuk perpaduan Melayu kononya, dalam masa yang sama semua media massa digunakan oleh kerajaan untuk menghentam PAS. Inikah cara rundingan UMNO ? Inikah yang dikatakan perpaduan ?. Saya dengan ikhlas hati suka ingin menyatakan di sini, Kalau beginilah caranya UMNO mahu mengajak PAS duduk semeja berbincang soal Melayu. Saya tidak nampak langsung satu keyakinan tentang keikhlasan UMNO itu. Sudahlah sebelum ini, ceramah-ceramah PAS dihujani dengan asid kimia FRU . Kita lihat apa yang berlaku di Malau, Kubang Pasu, Kedah dan  Sabak Bernam, Selangor. Inikah yang dinamakan rundingan ke arah perpaduan. Sepatutnya apabila kita mahu menjalankan sesuatu rundingan, pihak yang mengajak

(UMNO) perlulah menunjukkan sikap berbaik-baik walaupun dalam terpaksa. Ini tidak , dalam berunding macam-macam kejadian yang tidak diingin terjadi.

Berbalik kepada Amanat Haji Hadi, suka saya ingin menjelaskan dulu semasa saya berada dalam UMNO sememangnya saya mengganggap amanat tersebut menyeleweng dari akidah Islam. Tetapi setelah saya mengamat-amati, amanat Haji Hadi dengan Ucapan  Mahathir, Ucapan  Mahathir yang jelas terpesong dari akidah Islam. Mana perginya Ulamak dalam UMNO ? Mana perginya Hamid Othman ? Hamid Zaibal Abidin ? Dr. Ismail Ibrahim ? Yusoff Noor ? Wan Mokhtar ? Mana perginya suara ulamak ini. Mengapakah ulamak ini tidak menasihati Perdana Menteri agar menarik balik ucapan-ucapan beliau yang terang-terang menghina Rasullullah SAW dan Islam ???. Amanat Haji Hadi yang dijadikan isu . Kononnya memecah belahkan Umat Islam di negara ini. Siapakah Tuan Guru Haji Hadi jika nak dibandingkan dengan Perdana Menteri Malaysia ? Ucapan Haji Hadi hanya didengari oleh beberapa kerat manusia sahaja . Tetapi ucapan Mahathir disiarkan melalui media massa dan dapat diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Amanat Haji Hadi yang dikatakan memecah belah umat Islam seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 4 dalam Utusan Malaysia, 26 Mac 2001, apa yang akhbar itu menyebut sebagai Amanat Hadi Awang:

"Saudara-saudara sekalian. Percayalah. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka “.

"Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Budhha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku".

Sekarang marilah kita secara jujur meneliti kata-kata Haji Hadi tersebut berdasarkan kepada ILMU, untuk melihat kebenaran.

1. Betulkah atau tidak BN " menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah"? ( Perlembagaan British yang menjadi rujukan dalam perundangan negara )

2. Betulkah atau tidak dari segi agama Islam, "perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.", jika benar bahawa BN " menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah"?

3. Betulkah atau tidak dari segi akidah agama islam kita akan menjadi "kafir" dengan mengatakan politik suku agama suku"?

Perkara 1 dan 2, tidak pula pihak UMNO secara jujur mahu mempertikai dan memperbesar-besarkannya di media, justeru adalah perlulah kita sendiri bertanya kepada diri kita sendiri, kenapa? Kenapa ulama-ulama UMNO sendiri tidak mmpertikaikannya?  Hanya pada perkara 3 di atas saja kelihatannya tidak habis-habis pihak UMNO memperbesar-besarkannya, justeru adanya perkataan "kafir" yang digunakan oleh Hadi Awang!

Kita juga kena fahami konsep dan makna perkataan "kafir" itu dari sudut agama Islam mengikut keperihalan keadaan siapakah yang menyebut perkataan itu, dan bukannya dari sudut kefahaman makna "kafir" mengikut kefahaman kita sendiri. Ini adalah kerana apabila kita mendengar (atau membaca), seseorang itu berkata menggunakan istilah tertentu, kita kena memahaminya mengikut apakah yang dimaksudkan oleh orang yang menggunakan istilah itu.

Sekiranya kita menggunakan hanya mengikut kefahaman kita sendiri saja sebagai rujukan, bererti kita adalah silap kerana kefahaman kita sendiri itu tidak semestinya sebagai apa yang dimaksudkan oleh orang yang menggunakan istilah tersebut.

Di sini jelas kalau seseorang itu faham agama seluruhnya, ( Bukan separuh-separuh macam orang UMNO) bahawa ucapan Haji Hadi yang dikatakan Amanat ini tidak langsung memesongkan akidah umat Islam. Cuma dengan ucapan ini Orang UMNO yang masih yakin dengan Islam akan bertambah keyakinan untuk terus menyokong Islam dan berubah dari menyokong UMNO kepada menyokong PAS. Ini yang ditakuti oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Mereka takut dengan pemahaman Islam yang sebenarnya, seluruh umat Melayu di Malaysia ini  menyokong gerakan Islam. Ini yang menyebabkan Mahahir tidur tak lena mandi pun tak basah.

Justeru itu saya merasakan , langkah kerajaan menggembar-gemburkan isu Amanat Haji Hadi ini adalah satu langkah yang terdesak. Mereka terdesak kerana gagal menghalang PAS dari menggunakan perkataan ISLAM dalam parti itu.  Jika kita lihat hari ini ISLAMlah yang telah berjaya menyatupadukan umat Melayu di negara ini. Perpecahan yang berlaku dalam UMNO kerana orang Melayu telah merasakan bahawa perjuangan PAS bagi mendaulatkan dan memartabatkan Islam di negara ini adalah perjuangan politik yang akan membawa kebahagian di dunia dan di akhirat.

Adakah  Malaysia kini ingin menempah azab sebagaimana azab yang melanda Negara Turki dibawah pimpinan Mustafa Kamal Artartuk suatu ketika dulu ? Soalan ini ditujukan semata-mata kerana melihat fenomena mempersendakan agama Allah pelbagai cara yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh Mahathir dan kerajaan pimpinannya. Lupakanlah sebentar dibawah parti mana kita bernaung.Atau kita adalah golongan atas pagar. Namun sedarlah. Hayatilah dengan keinsafan dan taqwa akan keadaan yang membimbangkan dan menghiris hati mereka yang cintakan Allah dan Rasul serta AgamaNya. Sesuatu mesti dilakukan untuk menghapuskan kegilaan Mahathir.  Siapakah Mahathir ini sebenarnya ? Apakah agendanya hingga terlalu banyak  ucapan dan tindakannya yang bertentangan dengan  agama Islam? Masih perlukah kita menerimanya sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Sekarang saya nukilkan beberapa perkara yang diucap dan dilakukan oleh Mahathir , yang sepatutnya diambil tindakan tegas oleh JAKIM, IKIM  serta Majlis Fatwa Kebangsaan . Sebelum menyuruh Tuan Guru Haji Hadi menarik balik amanat beliau, Mahathir sepatutnya menarik balik segala tindakan beliau yang jelas bertentangan dengan ISLAM. Antaranya ialah :-

1. Dalam kebanyakan ucapan nama Allah yang suci digantikan oleh Mahathir Hanya dengan panggilan TUHAN sahaja.

2. Mahathir pernah mencadangkan agar Al~Quran ditafsir semula mengikut kesesuaian masakini. Bagi Mahahtir, Islam adalah penghalang utama untuk menrealisasikan wawasan sekularnya yang penuh kemungkaran..

3. Mahathir menyokong kumpulan antihadis, tidak mengambil tindakan ke atas Kasim Ahmad (yang terang-terang menolak hadis ) malah  memberi bantuan pula kepada Kasim Ahmad.Kasim Ahmad bebas menulis diakhbar-akhbar sambil memasukan jarum anti hadisnya.

4. Memecat  kemudian menyelar mufti yang mengeluarkan fatwa yang  tidak disenangi  olehnya semata-mata kerana tidak mahu melihat bahawa seolah-olah Islam ada kuasa dalam negara yang didakwanya negara Islam ini !

5. Sanggup menghina dan menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai bahan jenaka . Cercaan ke atas amalan janggut Rasulullah adalah manefestasi kebencian pada cara hidup Rasulullah SAW yang dianggap kolot oleh Mahathir. Dalam satu ucapannya di JAKIM Mahathir berkata “ Siapa tau  janggut Nabi macam mana….siapa biasa tengok janggut Nabi ..ada gambar ka ? Kita tak tau . Kita tak tau betuilah dia ada janggut…tapi betul ka janggut dia (Nabi)…Di zaman itu..pisau cukur ada kaaa…dia bukan ada “Gillette”…zaman Nabi ada Gillette ka..Cakap (menyuruh hadirin cakap) ?..Pisau cukur pun tiada masa tuuu ( zaman Nabi ). Jadi masalahnya dia (Nabi ) dok berjalan ke sana sini..naik unta…bukan nak dapat air yang banyak…padang pasir…. Macam-macam lagi  tafsiran diberi untuk menidakkan amalan  Rasulullah SAW. “ Barangsiapa tidak suka pada sunnah kelakuanku,dia bukanlah dari kalangan umatku “ ~ Hadis

6. Mahathir telah menafsir larangan Allah jangan membazir dengan tafsirannya sendiri. Mengikut tafsiran Mahathir,  jika mampu berbelanja sebanyakmana pun dikira tidak membazir.Sedangkan Rasulullah mengajar, walaupun di lautan jangan menggunakan air lebih dari keperluan. Ini semata-mata untuk mempertahankan keborosannya membina Mahligainya di Putrajaya dengan kos RM  +200 juta serta projek pembaziran yang lain.

7. Mahathir sanggup menghina para ulamak. Seperti Dato’Ustaz Nik Aziz,Dato’Ismail Kamus , Dato’ Harun Din , Dato’Ishak Baharom dan ulamak-ulamak yang sependirian dengan mereka, yakni ulamak berani menyatakan yang mana haq dan yang mana batil. Dalam siri ucapannya apa yang tidak dikata dan dicercanya pada para ulamak .

8. Menyalahkan faktor agama sebagai sebab kemunduran pelajar Melayu. Memomokan agama sebagai asbab kemunduran adalah tektik halus  yang akan menyebabkan golongan yang lemah daya kritis menganggap nya betul dan ibu bapa akan menghalang anak-anak mereka mendekati agama.

9. Mahathir seolah-olah merancang untuk menghapuskan SEMUA gerakan Islam di Malaysia. Dulu Darul Arqam, kini PAS dan Tabligh dalam senarai menunggu ( Maklumat ini didapati dari SB ) untuk dihancurkan. Nama-nama Islam pada persatuan, pertubuhan akan dimansuhkan. ( Gagal dilakukan setelah tidak diluluskan oleh Mesyuarat Raja-Raja baru-baru ini.)

10. Sebagai pemimpin tertinggi UMNO dan Kerajaan , Mahathir telah membiarkan keMURTADan berlaku dengan berleluasa dan menolak pula usul dibincangkan di Parlimen. Ingat tuan-tuan dengan sedihnya dimaklumkan di Wilayah Persekutuan sahaja 30,000 permohonan tukar agama telah di hantar ke JAWI. Bagaimana pula bilangan yang terus dengan nama Islam tetapi beragama Kristian ?

11. Kilang arak Guiness dan Anchor semakin besar dan canggih dibiarkan di Sungai Way. Terdapat satu gambar dalam majalah asing FEER (  Far Eastern Economic Review, Mahathir sedang melagakan gelas arak  dengan seorang pemimpin Jepun)

12. Pusat-pusat judi berkembang rancak. Salah seorang ahli Korporat Islam Shamsuddin,kroni Mahathir telah dengan bangganya merayakan kejayaannya memperolehi lesen Judi.Pengikut setia Mahathir , Tun Hanif Omar pula berkata beliau  tidak berjumpa pun ayat mengharamkan judi dalam  Al~Quran. Sekarang tersiar pula di media,  KWSP pula melabur dalam banyak syarikat judi terutamanya Genting Berhad yang mengusahakan pelancongan perjudian terbesar di Malaysia.
13. Membuang perkataan Agama Islam dalam Kad Pengenalan Baru. Tidakkah tuan-tuan perasankah tuan-tuan kini dalam kad pengenalan baru tidak tercatit lagi apa agama pemegangnya ?

14. Mahathir terang-terang telah menghina amalan wanita menutup aurat. ( Sebab tu Siti Hasmah Tak tutup Aurat !!!!! ) . Menutup aurat bagi Mahathir adalah tidak sesuai sebab Malaysia sudah maju dan tidak berdebu sebagaimana negara Arab. Bukanlah fitnah jika dikatakan isteri dan anak perempuan Mahathir sendiri tidak menutup aurat. Sedangkan permaisuri Agong dan Sultan Brunei pun memakai tudung !

15. Kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir telah menyokong usul PBB untuk Amerika menyerang dan membunuh rakyat Islam di Iraq. Tidakkah Mahathir ada perasaan belas kasihan pada saudara Islam Iraq terutamanya kanak-kanak dan kaum wanita yang terbunuh hasil serangan tersebut ? Kes pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya (MEMALI) dan pengikutnya. Kini Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula menjadi mangsa keganasan Mahathir. Hanya binatang ganas seperti harimau dan singa sahaja yang bersifat membunuh untuk kepentingan diri.

16. Mahathir adalah pemimpin Malaysia yang pertama menjalin hubungan yang tersangat rapat dengan pihak Yahudi, Buktinya ialah : a. Penasihat Kewangan  Kerajaan kini ialah dari syarikat Solomon bangsa Yahudi
b. Pengiklan Pilihanraya yang lepas-lepas  adalah syarikat Sactchi & Sactchi c. Terdapat laporan dalam Majalah antarabangsa Tun Daim telah membeli tanah rakyat Palestin untuk dijual kepada Pihak Yahudi, Israel. d. Kerajaan Malaysia telah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia. e. Mahathir telah membawa pelajar Israel masuk melawat ke Pusat Islam secara rahsia. Siapa Mahathir ini sebenarnya? f. Di New York Mahathir membuat pertemuan sulit dengan Henry Kissinger.

17. Mengapakah Mahathir mempertahankan dan menghalang pendakwaan perogolan budak bawah umur oleh Rahim Tambi Chik?. Sedangkan jelas terbukti hasil siasatan polis kesalahan Rahim. Mahathir bukanlah seorang yang mencegah kemungkaran. Juga menghalang Mahkamah mendakwa Rafidah Aziz dalam kes rasuah melibatkan menantunya, walhal sudah ada prima facie yang jelas membuktikan Rafidah terlibat dalam skandal tersebut. Juga dalam Kes Perwaja , sudah terlalu lama siasatan dilakukan , akhirnya perlu merujuk kepada Swizerland, yang sudah pasti akhirnya mereka-mereka yang terlibat dalam kes ini akan bebas sebebasnya menikmati hasil wang rakyat berbillio-bilion ringgit.

18. Mahathir mengutuk ulamak yang berpolitik . Ini bermakna Yusof Noor, Wan Mokhtar, Hamid Othman, Nakhaei bukanlah ulamak. Sebabnya ? mereka boleh berpolitik. Mahathir tidak mengiktiraf ulamak UMNO sendiri.

19. Mahathir telah cuba sedaya upaya berusaha agar hari cuti pada hari Jumaat dihapuskan. Kalau boleh satu Malaysia biarlah menjadikan Ahad sebagai cuti umum. Bukankah hari Jumaat hari besar orang Islam? Bukankah hari Sabtu hari besar orang Yahudi? Bukankah hari Ahad hari besar orang Nasara? Habis kenapa Mahathir  hendak  menukar dari hari Jumaat ke hari Ahad ?

20. Usaha kerajaan Mahathir hendak mengambil alih Sekolah Agama Rakyat di Kelantan Tidak lain adalah usaha untuk mensekularkan sekolah tersebut yang telah melahirkan para pelajar berjiwa Islam. Generasi berjiwa Islam adalah merbahaya pada Mahathir dan jiwa sekularnya.

21. Kerajaan Mahathir telah  pun melupuskan pelajaran tamadun Islam di Pusat-pusat pengajian tinggi. Pengkorporatan IPT adalah salah satu usaha serampang beberapa mata yang antaranya menyembelih Pelajaran Tamadun Islam yang telah banyak membuka minda para pelajarnya tentang keagungan dan kesyumulan Islam.

22. Mahathir pernah dengan selamba menyamakan ucapan  Assalamualaikum dengan ucapan selamat pagi. Ianya tidak lain agar budaya hidup  Islam dihapuskan dalam amalan seharian umat Islam. Secara halusnya Mahathir tidak mahu ucapan salam disebarluaskan kerana itu budaya Islam yang tidak disukainya.

23. Mahathirlah manusianya yang mengugut kerajaan Kelantan yang telah bersiap sedia untuk mentaati Allah dengan melaksanakan hukum hudud. Malah hukum hudud dipersendakan. Sanggup Mahathir mempersendakan perintah Allah. “ Kononnya kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan Jika hukum hudud dijalankan Malaysia akan penuh dengan manusia cacat anggota “

24. Kenapakah Mahathir melakukan perundangan “ double standard” dalam kes Anwar   Ibrahim? Mahathir telah menghukum Anwar sebelum Anwar masuk Mahkamah. Seterusnya Anwar di fitnah sejijik-jijiknya dalam media masa. Hingga kini tiada bukti yang pernah dikatakan Mahathir sebagai bukti kukuh    itu. Sedangkan dalam kes Rahim tambi Cik, Mahathir berkata: “ Dia tidak   bersalah sehingga dibuktikan bersalah !” Fitnah adalah mainan  hidupnya.

25. Mahathir secara terbuka dipentas antarabangsa memomokan imej Islam pada PAS untuk meraih pertolongan puak Yahudi. Mahathir telah memeberi kata dua pada puak Yahudi. “ Jika anda tidak mahu ujud lagi sebuah negara Islam, bantu saya memenangi pilihanraya nanti”

26. Senarai ini akan lebih berjela-jela jika Mahathir terus terus memerintah Malaysia. Mahathir akan lebih ganas terhadap Islam selepas kemenangannya kerana sarung tangan berkuku besi bersalut arseniknya kini disarung pula oleh Yahudi. Sabda Rasulullah SAW: “ Hendaklah kamu menolong saudaramu yang menzalimi yang yang dizalimi” . Sahabat bertanya : Bagaimana menolong yang menzalimi Ya Rasulullah? Jawab baginda: Cegah dia dari menzalimi. “

Justeru itu saya sebagai pemerhati politik yang dulunya cukup fanatik dengan UMNO , sekarang sudah jelas akan terus memberi sokongan saya kepada PAS kerana saya yakin perjuangan PAS yang bersandarkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasullullah SAW akan membawa kejayaan suatu hari nanti.

Saya juga yakin langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan sekarang ini semakin hari semakin dibenci oleh umat Islam di negara ini. Langkah UMNO untuk membendung pengaruh Islam PAS umpama “menahan air sungai” semakin ditahan semakin penuhlah ia..dan yakinlah suatu hari nanti air tersebut akan terlepas juga akhirnya. Maka dengan ini saya menyeru kepada rakan-rakan dalam UMNO yang mengaku Orang Islam ingatlah pesanan ini :-
i. Kita mengucap dua kali masyahadah mengaku Allah adalah tuhan kita dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah Nabi kita. Tetapi kenapa kita biarkan orang hina Nabi Kita menjadi pemimpin kita ?

ii. Kita sembahyang lima waktu sehari semalam menyembah Allah Taala. Memohon petunjuk dan rahmat Allah agar memberi kebahagiaan kepada kita di dubia dan akhirat, tetapi sedarkah kita mengapa kita tidak mahu menyokong orang yang ingin melaksanakan hukum Allah di mukabumi ini. Apa yang ingin kita jawab bila menghadap Allah di akhirat kelak ?

iii. Kita yakin bahawa Al-Qur’an itu kitab Allah. Tiada keraguan dalam Al-Quran. Segala penjelasan tentang hukum-hukum dan sebagainya adalah dari Allah SWT. Tetapi kenapa bila bab hukum Allah..Hukum Hudud ingin dilaksanakan kita jadi tidak yakin, hukum tersebut tidak adil , tidak sesuai dengan zaman ini dan sebagainya. Kita ikut pula orang yang menghina hukum Allah.. Tergamakkah kita.. Walhal kita semua mahu di tempatkan di syurga Allah di akhirat kelak ?

iv. Pernahkah kita terfikir suatu hari kita akan mati , mengadap Allah. Apakah kita fikir politik UMNO yang menjadikan harta benda dan wang ringgit akan membawa kita kebahagiaan di akhirat kelak.

Sedarlah , siapakah yang kita akan panggil untuk mentalkinkan jenazah isteri anak-anak kita atau diri kita bila kita mati nanti ?. Kita nak panggil Mahathir ? Daim ? Mokhtar Abdullah ? Abdulllah Badawi ?  Atau Harun Din ? Ismail Kamus ? Tuan Ibrahim Tuan Man ? Ishak Baharom ? Badrul Amin ? . Cuba fikir ..siapakah orang yang layak.. Tuan Imam surau atau masjid atau Ketua UMNO ? Jadi kenapa kita menentang golongan ini. Setinggi manakah Ilmu kita hingga kita boleh melawan Tok Guru , Ulamak dan ustaz-ustaz ?

V.  Pernahkah kita terfikir bahawa sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir ini, sebagai orang Islam kita mahu lihat undang-undang ISLAM didaulatkan di negara ini. Sekurang-kurangnya anak cucu kita akan berada pada zaman itu nanti. Ini , kalau kita menentang orang yang ingin dan berniat melaksanakan undang-undang Islam adakah kita rasa ianya akan tercapai. Oleh itu marilah kita menyokong mereka. Kita sokong UMNO walhal Perdana Menteri terang-terang dalam ucapannya tidak mahu melaksnakan hukum Islam di negara ini malahan memperlekeh dan mempertikaikanya pula. Apa kita nak jawab dihadapan Allah nanti?

vi. Kita tahu JUDI itu haram, ARAK itu Haram, Mendedah AURAT itu Haram ? Haram disudut Islam..bahkan kita sendiri tidak mahu sama sekali terlibat dengan gejala tersebut. Tetapi sedarkah kita mengapa kedai JUDI dan ARAK berleluasa di negara kita. Siapakah yang meluluskan lesen? Siapakah yang membenarkannya ? Bukankah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ? Oleh itu Kerajaan yang ada hari ini mengikut Islam atau tidak ? Fikirkanlah ? Maka dengan itu.. Mengapa kita sokong mereka ? Nampakkah dengan mata kepala kita sendiri Siti Hasmah , Rafidah Aziz, Shahrizat Jalil dan ramai lagi isteri pemimpin tertinggi UMNO tidak menutup AURAT..Mengapa kita sokong lagi..sedarlah rakan-rakan semua. Dengan ini sebelum kita dipanggil pulang oleh ALLAH Taala, marilah sama-sama kita menghisab diri kita, muhasabah diri kita. Apakah selama ini kita berada di jalan yang lurus. Dalam fatihah kita selalu baca “ Ih dinas sirotul Mustakim “ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus “ , mengapa jasad kita tidak lakukan sedemikian.  Oleh itu saya mendoakan agar semua umat Melayu dan Islam di negara

Dengan ini sebelum kita dipanggil pulang oleh ALLAH Taala, marilah sama-sama kita menghisab diri kita, muhasabah diri kita. Apakah selama ini kita berada di jalan yang lurus. Dalam fatihah kita selalu baca “ Ih dinas sirotul Mustakim “ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus “ , mengapa jasad kita tidak lakukan sedemikian.  Oleh itu saya mendoakan agar semua umat Melayu dan Islam di negara  ini akan diberikan petunjuk dan hidayah Allah agar kembali kepada jalan-jalan kebenaran iaitu jalan orang-orang yang telah mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, bukan jalan-jalan orang-orang yang sesat seperti yang diceritakan dalam ayat Fatihah.

Akhir sekali saya menyeru agar orang UMNO dan pemimpin UMNO sendiri marilah kita berpadu diatas nama ISLAM. Itulah yang dituntut, dan akan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Apa guna berpadu atas nama Melayu. Pertahankan hak Melayu? Bahasa Melayu ? Bangsa Melayu? Raja-raja Melayu. Ingatkah kita kerajaan Manakah yang merampas tanah rezab Melayu atas tujuan pembangunan? Ingatkan kita pemimpin Melayu mana yang menghalang kekebalan Raja-Raja Melayu? Ingatkah kita pemimpin Melayu mana yang tidak menggunakan Bahasa Melayu ketika di temu ramah atau diucapkan majlis perasmian sesuatu program yang banyak dihadiri oleh oran Melayu ? ..Sedarkah kita ?

Yang tinggal hanya KTM Keretapi Tanah Melayu dan Askar Melayu sahaja. Yang lain hanya tinggal kenangan. Oleh itu janganlah bersikap angguh dan sombong wahai pemimpin UMNO. Konon ingin memepertahankan Melayu. Marilah kita pertahankan ISLAM. Jadikan ISLAM sebagai The Way Of Life “ Ad-Deen”. Kita tidak mahu hanya pada nama sahaja. Apa guna ada Universiti Islam, Bank Islam, Pusat Islam, Kolej Islam, kalau pengisian roh Islam tidak ditanam dalam jiwa umat Islam di negara ini. Apa guna kita agung-agungkan Masjid yang indah tersergam kalau pengisiannya tidak ada, kuliah tidak ada, program tidak ada. Inilah kata Nabi SAW tanda-tanda akhir zaman , dimana bangunan dibina tinggi dan masjid dibina indah dan besar tetapi jemaahnya dan pengisiannya tiada. Marilah kita ubah semua ini. Tentukannya dalam Pilihanraya 2004 nanti. Takbir……Allah Hu Akbar.

Kiriman :

Mr. X-Files Daniel MS007
Malaysian Islamic Radio Channel
MIRC Kuantan Pahang