Make your own free website on Tripod.com
 
Andersen Consulting: Apa Agenda Mereka?

Andersen Consulting (AC) adalah sebuah syarikat perunding antarabangsa dalam
bidang IT. Cawangannya di Malaysia dipegang oleh seorang perunding tempatan
bernama Larry Gan.

AC telah diberi kontrak rundingan oleh Kerajaan Malaysia sebagai pakar rujuk
kepada “Project Support Group” dalam implementasi projek Kerajaan Elektronik
(EG).  Semenjak dilantik pada awal tahun 1998 dan dengan kelewatan
perlaksanaan projek, kerajaan dibebani untuk membayar ratusan ribu RM setiap
bulan untuk kelima-lima aplikasi perdana di bawah EG.  (Jumlahnya kini tidak
dapat IB pastikan – tetapi anggaran yang IB terima ialah telah melebihi
puluhan juta RM).

Sepatutnya, sebagai perunding, AC yang dikenakan denda kerana kelewatan
menyiapkan projek yang mereka jadi perunding bagi pihak kerajaan untuk
memastikan kejayaan projek.  Apakah AC sengaja menjadi batu penghalang untuk
melewatkan projek ini kerana kerajaan akan tetap membayarnya?  Malah lagi lama
dilengahkan lagi banyak wang dicaj kepada kerajaan Malaysia (wang kita).

Ramai eksekutif syarikat/konsortium yang diberikan kontrak EG mengadu bahawa
AC banyak memberi rundingan dan nasihat yang salah atau kurang tepat kepada
MAMPU.  Ada juga yang merungut bahawa banyak ketika di mana
perunding-perunding AC yang sengaja menyukarkan dan menimbulkan masalah kepada
syarikat/konsortium EG.  Malah mereka mengatakan kerajaan membayar wang buta
kepada AC tanpa mendapat khidmat nasihat yang profesional.

Kebanyakan mereka mengadu bahawa AC meletakkan budak-budak mentah sebagai
pakar runding mereka.  “Ada yang baru setahun dua keluar universiti buat-buat
pandai mengajar kami yang sudah berbelas tahun dalam IT dan perlaksanaan
projek yang besar-besar”, ujar seorang pemilik syarikat dalam sebuah
konsortium yang mendapat projek EG.  Dan walaupun AC menyediakan perunding
yang mentah-mentah, kerajaan membayar dengan kadar perunding kanan.

Seorang pengurus projek pula mengatakan bahawa AC ada banyak “conflict of
interest”.  Di samping mereka adalah sebagai perunding untuk kerajaan dalam
projek EG, AC juga menawarkan kepada kerajaan “business application and
industry solution” yang mana sudah tentu “conflict” dengan “solution” yang
ditawarkan oleh syarikat/konsortium yang mendapat projek.  Tawaran
perkhidmatan AC sememangnya bersaing terus (direct competition) dengan khidmat
yang ditawarkan oleh syarikat/konsortium EG.

Seorang lagi pengurus projek mengatakan (dalam Bahasa Inggeris); “… AC should
not be in any of the EG project either as the management or advisor to the
project. With their presence the Consortium has been having difficulties in
ensuring the smooth running of the project. With their involvement, most of
the time AC made very destructive comments and the implementation process
becomes difficult and lengthy.”

Pemilik cawangan Malaysia, Larry Gan, juga dikenali sebagai seorang yang licik
dalam perniagaan dan amat tidak disenangi oleh ramai pengusaha syarikat IT
tempatan (terutama di kalangan pengusaha bumiputera).  Ini kerana dalam banyak
urusan yang pernah mereka buat bersama, mereka yang akhirnya dipihak yang rugi
kerena kelicikan Larry Gan membolot segalanya.

Seorang rakan IB pernah membuat sedikit penyelidikan latar belakang Larry Gan
serta mereka yang dibelakangnya yang banyak membantu perniagaannya.  Rakan IB
tersebut secara umum mengatakan banyak kurang kenanya serta banyak merugikan
peniaga dan usahawan bumiputera dan kerajaan Malaysia.  Namun, terdapat
beberapa tokoh atasan yang kuat menyokong serta merestui tindak-tanduknya.

IB tidak dapat menyebut nama-nama projek di atas secara langsung kerana
bimbang mereka akan menerima “backlash” dari AC apabila artikel ini disiarkan.
 Tetapi secara amnya, IB berani katakan bahawa kesemua konsortium yang
mendapat projek EG dan juga beberapa projek MSC yang lain bersetuju bahawa
kerajaan ditipu oleh AC secara terang-terang.  

Malah terdapat beberapa pegawai kanan kerajaan yang terlibat dengan projek EG
yang sudah menyampah dengan perunding-perunding dari AC yang hanya menumpang
pengalaman sedang kakitangan kerajaan yang kena banyak buat kerja.  Sedang
gaji kakitangan kerajaan berbanding dengan perunding-perunding muda dan mentah
ini adalah bagai bumi dengan langit.

Sekian.
Ibrahim Baba
7 September, 2000

(IB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seorang sahabat IB yang
banyak memberi pendapat untuk tulisan artikel ini).