TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

Kisah Joan of Arc yang kena konspirasi

Semperna hari minggu semalam, IB mengambil kesempatan untuk menziarah
satu-satunya bapa saudara IB yang tinggal di ibu kota.  Setiba IB di rumahnya,
kebetulan berkumpul beberapa anak-anak beliau bersama-sama di situ.  Maka
suasana pun begitu riuh rendah dengan pelbagai perbualan dan kanak-kanak kecil
bermain sesama mereka.

Kebetulan juga ada beberapa lagi cucu bapa saudara saya berkumpul di satu
sudut tekun menonton VCD cerita Joan of Arc (JOA).  IB tidaklah menonton
sangat tetapi sesekali menoleh juga ke arah TV.

Entah macam mana, tiba-tiba IB terlihat babak Joan of Arc ditangkap.  Dan
seterusnya tanpa disedari IB menonton cerita itu dengan penuh minat hinggalah
ke akhir cerita.

Selepas itu, sesama sepupu yang lain kami berbual pula bahawa Joan of Arc pun
kena konspirasi.  Banyak babak dan kisah yang dapat kita ambil iktibar dan
samakan dengan suasana yang berlaku di negara kita kini.  Kalau dulu heboh
pasal sebuah cerita hindustan (IB tak ingat cerita dan tak tengok pulak) yang
mengisah wartawan dan kekejaman polis serta unsur-unsur konspirasi, kini
cerita JOA pun banyak juga unsur-unsur di mana dapat kita kaitkan dengan apa
yang berlaku di negara kita.

Satu babak yang mana IB ingat sangat ialah apabila Bishop Couchon (yang diarah
“mengadili” tuduhan yang dikenakan ke atas JOA) bertanya kepada Father
Vincentte (wakil dari Vatican) untuk mendapat pandangan Vicentte kerana
tekanan yang diterima beliau dalam mengendali kes itu.  Vicentte menjawab “
... the trial is just a masquarade.  Verdict comes at the end of a trial not
at the beginning …”

Lebih kurang terjemahannya “… perbicaraan ini hanyalah satu helah.  Keputusan
sepatutnya di akhir perbicaraan dan bukannya di awal.”  Kata-kata ini ialah
bagi mengulas paksaan dari pelbagai pihak supaya menjatuhkan hukuman salah
terhadap JOA.  Vincentte, selepas menuturkan kata-kata tersebut, ditangkap
oleh “ketua polis”.

Jika saudara ingin menonton cerita JOA, babak yang saya ulas ini terdapat di
30-40 minit terakhir cerita tersebut.  Kata sepupu saya, di awal-awal cerita
itu banyak menayangkan kisah yang berunsur agama kristian.

Jika saudara menonton, perhatikan beberapa babak berikut:

1. Raja England ketika itu, akibat marahkan JOA, telah mengarah untuk
menangkap JOA dan dibakar hidup-hidup – begitulah akhirnya nasib JOA walaupun
melalui perbicaraan.
2. Hakim (Bishop Couchon) adalah dipilih walaupun kesalahan yang dituduh tidak
dilakukan oleh JOA di kawasannya tetapi ditangkap di kawsannya.
3. Hakim tersebut ditekan untuk mejatuhkan hukuman salah.  Walaupun terdapat
hakim tersebut cuba untuk menolong JOA.  Akhirnya Hakim tersebut turut
tertipu.
4. Keganasan “ketua polis” yang mengarah orang-orangnya memukul tahanan (JOA)
ketika dalam penjara.
5. Bagaimana “ketua polis” tersebut mengadakan bukti palsu dengan mengarah
orangnya mengoyakkan baju JOA (ketika dalam penjara) dan dipaksa memakai
pakaian lelaki – kemudian membawa Hakim untuk membuktikan bahawa tuduhan JOA
memakai pakaian lelaki adalah benar.
6. Bagaimana Raja Perancis yang JOA perjuangkan untuk menaikkannya semula ke
takhta kemudian meninggalkan JOA malah memerangkap JOA untuk diserahkan kepada
musuh.  Teringat saya kisah yang berlaku di negara kita seorang pemimpin yang
bersungguh membela “boss”nya ketika mengharungi pelbagai krisis dalam parti
dan dalam negara demi menjaga “boss”nya kini ditinggalkan malah dihina pula.
7. JOA mendapat sambutan dan sokongan di kalangan rakyat.
8. Raja Perancis hanya memperggunakan JOA untuk mendapatkan takhtanya kembali
selepas itu dibiarkan JOA untuk ditangkap oleh musuhnya.

Tontonlah sendiri kalau nak buat iktibar.  Tapi mungkin cukup setakat ini
sebagai peringatan kepada kita bahawa sejak dari dulu lagi manusia sentiasa
mengharungi peristiwa-peristiwa yang seperti ini.  Masa berlalu dan
kemudiannya akan memberi gambaran yang jelas - siapa yang benar dan siapa yang
busuk hatinya.

Tetapi jika kita membiarkan sejarah lalu begitu saja satu hari nanti kita
mungkin ditanya anak-cucu kita – apakah peranan kita dalam “ketidakadilan”
yang berlaku di zaman kita!

IB nak tambah sikit – dalam perjalanan ke rumah pakcik saya dekat Bukit
Belacan, semasa dekat dengan traffic light pekan lama Ampang, bersebelahan
Balai Polis Ampang yang kini diguna oleh Bahagian Trafik,  tiba-tiba sebuah
Bas Metro yang sedang menghala ke arah KL tiba muncul di depan IB lorong
menghala ke Bukit Belacan (dari KL).  Terkejut habis IB.  Bas tersebut
(mungkin mengejar bilangan trip) memotong barisan kenderaan yang panjang
sedang berhenti menunggu lampu yang sedang merah.  Ini bermakna Bas tersebut
sungguh berani melakukan satu kesalahan yang besar yang mungkinmengakibatkan
kemalangan maut – DI DEPAN BALAI POLIS TRAFIK.

Apakah mesejnya?  Apakah mungkin pemandu bas tersebut tidak lagi hormat kepada
polis?  Tidak takut polis (sebab boleh dibeli dengan mudah)?  Atau apakah
kerana polis hanya sibuk mencari reformis – sudah tidak ambil peduli
kepentingan pengguna jalan raya?

Berdasarkan pengamatan saya – pemandu-pemandu Bas Metro lebih ganas dari bas
mini dulu.  Siapa yang pegang permitnya?  Dengar khabar ianya ada hubungan
dengan orang politik juga.  Dalam pada hendak digabungkan semua syarikat bas
untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam maka semua permit bas mini
ditamatkan – tetapi permit bas metro diteruskan.  Kaedah operasi bas metro
menyerupai operasi bas mini.  Mungkin Nazri Aziz (atau Mustafa Mohamed –
menteri sebelum ini) takut nak ambil tindakan kerana mengganggu kepentingan
seseorang yang lebih besar darinya.

Sekian,
Ibrahim Baba