TERENGGANU DARUL IMAN 
                                      MEMBANGUN MENURUT ISLAM

INGATAN BERSAMA

01. Harap pimpinan negeri Istiqomah dengan perjuangan menegakkan Islam dalam diri, keluarga, rakyat dan negeri.
02. Berharap agar seluruh ADUN PAS berlaku sebagai bapa dan rakyat yang lemah sebagai anak. Sesungguhnya rakyat yang lemah
telah lama ditindas oleh pemimpin UMNO dan pegawai kerajaan semua peringkat.
03. Harap ADUN PAS bersikap lemah lembut kepada rakyat bukannya kepada pegawai kerajaan yang menindas juga kepada
talibarut-talibarut UMNO. Agar ADUN PAS dan wakil tidak cepat melenting dan melatah apabila ditegur oleh ahli-ahli PAS diperingkat
bawah.
04. Samada disedari atau tidak EXCO dan ADUN PAS dan juga wakil ADUN yang dilantik lebih memberi ruang kepada talibarut
UMNO dari ahli sendiri. (Pernah EXCO menengking apabila ditegur oleh ahli PAS-harap dapat diperbaiki).
05. Samada disedari atau tidak oleh pimpinan bahawa kebanyakan pegawai kerajaan cuba boikot kerajaan dengan cuba
menggagalkan semua urusan yang berkaitan dengan rakyat bawahan melalui apacara sekalipun supaya rakyat marah kepada
pimpinan PAS yang memerintah.
06. ADUN & EXCO PAS cuba kembali kepada amalan asal, jangan terlampau berprotokol bila bergaul dengan rakyat marhain dan
jangan hanya mendengar laporan dari wakil-wakil yang anda lantik sahaja.
07. Insyaalah Jumpa lagi.

PENULIS TAMU...