Sedutan dari Ceranah Perdana keADILan yang diadakan di Markas Pas Taman Melewar pada 10.10.2000. Penceramah –
penceramah pada malam tersebut terdiri dari Sdr Idrus Ibrahim ( kekanda DSAI ), Sdr Gopala Krishnan ( N.Pemuda
KeADILan ), Ustaz Badrulamin ( Ketua Pemuda KeADILan Sabah ) dan Sdr Ezam ( Ketua Pemuda KeADILan Puast ).
 
Berikut adalah sedutan ringkas ceramah ceramah tersebut.
 
   1)      Saudara Idrus Ibrahim membawa berita semasa mengenai Saudara Anwar dan keluarga. Menurut beliau Sdr. Anwar
      berada didalam keadaan baik dalam erti kata baik seorang tahanan yang berada didalam kurungan. Berita terkini tentang
      beliau ialah beliau kini sedang belajar menghafiz Al- Quran dengan seorang rakan banduan yang merupakan seorang Al
      Hafiz. Menurut cerita rakan Al Hafiz ini, merupakan seorang yang pendiam dan digelar sebagai si bisu oleh pengawal
      penjara dan telah menghuni disitu selama 2 tahun. Tidak pula diberitakan tentang kesalahan beliau. Suatu hari beliau
      ditakdirkan sakit dan dibawa ke  klinik dan kebetulan pula Sdr. Anwar ditugaskan untuk mencuci klinik. Apabila melihat
      Sdr Anwar, beliau lantas memanggil Datuk Seri dan menyebabkan pengawal terpinga-pinga kerana tidak pernah
      mendengar suara beliau sebelum ini. Hasil pertemuan itu maka tercetus perkenalan antara satu-sama lain. Menurut Sdr
      Anwar, itu lah takdir Ilahi, dimana beliau berpeluang mendalami ilmu menghafiz Al-Quran semasa didalam penjara
      tambahan di usia 50an, bukanlah mudah untuk menjadi seorang Alhafiz, dan ketenangan didalam penjara dapat
      membantu. Saudara Idrus juga memberitahu Sdr Anwar dibenarkan beberapa kali melawat ibu beliau yang kini mendapat
      rawatan di Hospital Universiti.
   2)      Seperti lazim Sdr. Gopala memulakan ucapan beliau dengan sambutan Hancur-Hancur……..Hancur BN………
      Ucapan Sdr Gopala berkisar kepada pencabulan hak asasi oleh Dr. Mahathir seperti yang terlihat keatas isu pencabulan
      hak rakyat Terengganu keatas isu royalty minyak petronas. Beliau meminta rakyat menyahut panggilan perjuangan apabila
      dipanggil oleh kepimpinan dalam menentang kezaliman kerajaan BN.
   3)      Ustaz Badrulamin pula membawa kisah Israk Mikraj dan hikmat dari peristiwa tersebut yang menguji keimanan umat
      Islam pada zaman tersebut. Beliau juga membawa kisah Nabi Musa vs. Firaun. Antara yang menarik dari kisah Firaun ini
      ialah Firaun begitu gemar membina monument yang tertinggi dan terbesar walaupun mengorbankan beribu-ribu nyawa dan
      harta. Kesimpulannya Firaun dizaman mana sekali pun dia muncul, tetap mempunyai cita rasa yang sama. Satu lagi yang
      menarik ialah apabila Nabi Musa dikerah untuk menentang kezaliman Firaun lalu Nabi Musa tanpa soal menentang Firaun
      yang telah membesar dan memelihara beliau  dari bayi. Tidak pula Nabi Musa berkata “bagaimana harus aku menentang
      orang yang telah memberi aku makan dan memelihara aku dari kecil dan telah memberi aku biasiswa untuk melanjut
      pelajaran keluar negeri. Aku sepatutnya berterima kasih dan mengucap syukur kepada Firaun” ujar Ustaz Badrulamin
      secara berseloroh…Ustaz juga mengingatkan bahawa “untuk memperolehi kejayaan perlu ada  perjuangan, dan setiap
      perjuangan perlu ada  pengorbanan” dan pengorbanan beliau adalah pengorbanan yang amat kecil berbanding dengan
      pengorbanan Sdr Anwar dan keluarga yang mana Sdr Anwar menganggap bahawa inilah” perjuangan kecil” dari beliau
      dan keluarga dalam menentang kezaliman regime Mahathir terhadap rakyat.
   4)      Sdr Ezam yang baru pulang dari Amerika menceritakan bahawa pemergian beliau ke Amerika adalah atas jemputan
      kerajaan Amerika kepada pemimpin-pemimpin muda rantau Asia-Pasifik. Sebelum ini hanya pemuda BN sahaja yang
      dijemput dan ini adalah kali pertama pemimpin muda dari pembangkang dijemput. Menurut beliau pernah seorang
      pemimpin muda Malaysia merayu kepada kerajaan Amerika agar menjemput beliau menghadiri kursus tersebut kerana
      beliau tidak tersenarai dan pemimpin muda tersebut adalah Dr. Mahathir Mohamad. Menurut Ezam pemimpin pemimpin
      muda dari negara Asia Pasifik begitu terkejut dan resah apabila mereka diberitahu hal bekas Timbalan Perdana Menteri
      Datuk Seri Anwar. Walaupun negara mereka tidak semaju Malaysia, tetapi rentetan peristiwa yang menimpa Sdr Anwar
      tidak pernah berlaku dinegara mereka walaupun negara komunis sekali pun (China) dan mereka juga bertekad untuk
      memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dalam memperjuangkan Reformasi.
      Sdr Ezam juga diberitakan telah bertemu dengan beberapa pemimpin kanan dari parti Democrat dan Republican dan rata
      rata mereka begitu prihatin keatas peristiwa zalim yang menimpa Brother Anwar. Pemimpin Republican yang kini
      menampil kan calon Presiden mereka G.W Bush, berkata sekiranya AL-Gore memperlihatkan ketegasan beliau dalam
      hal ini, sekiranya Republikan memerentah mereka akan bertegas 10 kali ganda dalam isu ini.
      Sdr Ezam juga sempat bertemu dengan pemimpin ISNA dan telah diberitahu mengenai perkara sebenar yang berlaku
      dalam isu pembatalan jemputan kepada Mahathir. Apabila jemputan tersebut dibatalkan, Mahathir telah menghantar
      perutusan melalui Kedutaan Malaysia merayu agar ISNA menarik balik pembatalan tersebut. ISNA tetap bertegas lalu
      Mahathir menghantarkan perutusan kedua dimana beliau menjemput pemimpin ISNA ke Kuala Lumpur bagi
      membincangkan isu jemputan dan beliau sanggup melutut kepada mereka asalkan menarik balik pembatalan tersebut dan
      juga berjanji akan membenarkan mereka bertemu Sdr. Anwar dan sekali lagi ISNA bertegas menolak dan sekali lagi
      Mahathir menghantar rayuan dengan manawarkan pembebasan Sdr Anwar untuk mereka mengambil Sdr Anwar ke
      Amerika. Kali ini ISNA diberitakan terpaksa meminta pendapat Sdr. Anwar dan jawapan dari Sdr Anwar ialah beliau
      dengan tegas berkata “ saya tidak sekali-kali akan meninggalkan Malaysia”. Begitulah bangsatnya Mahathir.
      Sdr Ezam juga dalam ucapannya berkata semasa beliau di Landon beliau telah bertemu dengan pegawai kanan Tony Blair
      dan diberitakan  bahawa setelah perbincangan rasmi dengan Dr. Mahathir, Tony Blair telah memberitahu DR. Mahathir
      secara peribadi bahawa pemimpin pemimpin EU meminta beliau sampaikan kepada Dr. Mahathir “Isu Anwar perlu
      diselesaikan dengan segera….”.
 
      Sekian