TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"

SKANDAL DAN TEKANAN TERHADAP ISLAM DI IPTS DAN IPTA

(UNTUK TATAPAN IBUBAPA YANG ANAK-ANAK MEREKA MASIH MENUNTUT)

Pada 22 Julai 2000 lalu saya menghadiri hari Konvokesyen Universiti Tenaga
Nasional (UNITEN) Tahun 2000 di Putrajaya. Saya bangga dengan kejayaan anak
saya dan berterima kasih kepada pihak-pihak di UNITEN.

Program Konvokesyen tersebut berjalan dengan jayanya melainkan sedikit komen
saya terhadap Rektor (Dr. Tajul), Pengerusi TNB (Dato’ Tajuddin) dan Menteri
Pendidikan (Dato’ Musa) yang ucapan mereka tidak langsung mencerminkan sebagai
seorang yang beradab Melayu tulen di mana ibubapa tidak langsung di “address”
secara spesifik. Saya harap mereka ini (Rektor dan Dato’2) sedar bahawa di
dalam majlis tersebut bahawa ibubapa adalah juga JEMPUTAN KHAS. Secara amnya
ucapan mereka (Rektor dan Dato’2) lebih merupakan mirip ucapan “SALESMAN”,
“PENGHULU KORPORAT” dan “KETUA JKK-BERPOLITIK”. Nasib baik adanya Tan Sri Abu
Zarim yang saya tertarik dengan ucapan dan pencapaian beliau yang sedikit
memberi makna kepada nilai pada majlis ucapan yang ada pada hari tersebut.

Saya fikir komen sinis ini penting agar mereka sedar siapa mereka (Rektor dan
Dato’2) sebagai Melayu tulen.

Semasa majlis jamuan saya terdengar perbualan pelajar tentang
kejadian-kejadian yang amat merunsingkan saya walaupun anak saya telah tamat
pengajian. Terfikir akan saya kalau kejadian sedemikian terus berlaku maka
yang rosak adalah anak-anak Melayu Islam yang merupakan bilangan teramai di
UNITEN. Di antara kejadian tersebut adalah seperti berikut:
(Perkara-perkara tersebut saya bertanya kepada anak saya dan beliau
mengesahkannya)

1) Berlaku perkara-perkara sumbang di antara pelajar dan pensyarah. Pensyarah
diberhentikan tetapi pelajar terlibat terus belajar tanpa apa-apa tindakan.
Menurut anak saya pensyarah tersebut namanya “BORHAN”.

2) Berlakunya tangkapan terhadap seorang BUDAK LELAKI yang diseludup masuk ke
hostel siswi. Dan yang menyeludup masuk membawa budak tersebut adalah anak
“TAN SRI MUHAMMAD TAIB, BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR MERANGKAP NAIB PRESIDEN
UMNO” yang sudah punya skandal. Menurut anak saya, sehinggi kini tidak ada
tindakan diambil.

3) Banyak berlaku pelajar yang tidak menghadiri kuliah (ramai anak Melayu) dan
ada ibubapa yang tidak tahu menahu di mana anak mereka.

4) Pelajar-pelajar Melayu yang tinggal di luar kampus bersekedudukan dan
mengadakan majlis minum arak tetapi di ambil ringan oleh Hal Ehwal Pelajar
kononnya soal peribadi.

5) Menurut anak saya, banyak kes-kes hubungan sejenis tetapi tidak diambil
tindakan kerana soal peribadi pada pendapat Hal Ehwal Pelajar.

6) Program Persatuan Pelajar Islam (PI) tidak mudah diluluskan. Saya mendengar
bagaimana pihak Hal Ehwal Pelajar membatalkan program-program PI tanpa alasan
munasabah atau merubah program seperti tidak membenarkan menggunakan perkataan
Islam dan merubah isi program kononnya tidak bersesuaian dengan pelajar.
Apakah membincangkan sesuatu subjek dari perpekstif Islam tidak bersesuaian
dengan kemahasiswaan dan membentuk tahap pemikiran supaya menjadi kritikal dan
mempunyai nilai intelektual yang tinggi. Saya mendengar bahawa sekiranya
perubahan tidak dibuat maka program tersebut akan dibatalkan. Pegawai Hal
Ehwal pelajar tersebut terdengar oleh saya namanya disebut adalah “HISHAMUDDIN
OMAR”. Padanya saya nasihatkan supaya banyak berisytifar dan fikirkan niat
kamu kerana perbuatan kamu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Termasuklah mereka-mereka yang bersekongkol dengannya di UNITEN terutamanya
mereka di pejabat Hal Ehwal Pelajar.
7) Program persatuan bangsa lain seperti Techflow Society (Persatuan Pelajar
Keristian) dan Persatuan Kebudayaan Cina mudah diberi kelulusan. Adakalanya
program-program persatuan-persatuan tersebut berjalan tanpa kelulusan Hal
Ehwal Pelajar sehingga ada program-program tersebut boleh merosakkan budaya
anak-anak Melayu tulen kita. Anak saya memberi tahu pernah Techflow Society
membuat program “amal” di mana semua pelajar (Melayu dan bukan Melayu)
dijemput hadir dan program tersebut tidak bersesuaian dengan pelajar Melayu
tulen. Apakah pihak Hal Ehwal Pelajar seperti “HISHAMMUDDIN OMAR” dan
mereka-mereka yang bersekongkol dengannya tidak fikir perkara ini boleh
merosakkan budaya Melayu tulen. Saya bukan anti Keristian tetapi perlu
diperjelaskan bahawa program mereka mesti dihadkan kepada pelajar agama
Keristian sahaja.

8) Tambahan pula saya terbaca artikel internet yang diberi anak saya mengenai
berlaku pembubaran semua persatuan di UiTM di seluruh Malaysia dan diarahkan
tubuh kembali sebagai rencana menekan persatuan berlandaskan Islam seperti
Persatuan Mahasiswa Islam UiTM (PPI ITM) dan ADASI. Sila rujuk “UiTM Menyahut
Seruan Kerajaan–oleh Warnakasih”. Saya tidak terkejut akan berlaku keadaan
demikian kerana “TIMBALAN REKTOR–IBRAHIM ABU SHAH” amat rakus dan bercita-cita
tinggi sejak beliau menjadi Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dulu ketika Encik
Ali Saad menjadi Dekan Hal Ehwal Pelajar di “ITM”. Beliau merupakan sahabat
rapat “ABDUL AZIZ SHAMSUDDIN (ASS)-BAPA KONSPIRATOR” ketika ASS adalah seorang
pegawai Biro Tatanegara (BTN) dan mungkin sebab itu beliau terlantik Timbalan
Rektor. Awas warga UiTM dengan orang sepertinya, kerana “TIMBALAN
REKTOR–IBRAHIM ABU SHAH” amat anti-Islam. Kalau nak tahu skandal-skandal
beliau yang bermacam-macam ketika menjadi Timbalan Dekan-ITM tanyalah
orang-orang lama ITM. Ketika beliau menuntut di University of Maryland juga
perangainya serupa, bercita-cita politik yang amat tinggi. Pelajar-pelajar
perempuan awas dengan mereka ini jangan sampai tergoda. Macam ASS, giginya
lebih lembut dari gusi. ASS ketika ke Amerika dengan program BTN dalam tahun
1980an sibuk mencari “kuda putih”.

Kejadian-kejadian di atas perlu saya paparkan supaya ibubapa yang anak mereka
masih menuntut di UNITEN atau di IPTA/IPTS supaya berhati-hati kerana masalah
sosial di IPTA/IPTS pada perkiraan saya amat membimbangkan dan tambahan pula
segala program persatuan Islam ditekan. Kejadian-kejadian di atas lazim juga
kita dengar berlaku di IPTA/IPTS selain UNITEN. Saya melihat anak-anak bangsa
yang aktif dalam persatuan Islam berkemungkinan besar terhindar dari masalah
sosial dan lebih beradab dan hormat kepada orang tua. Mereka-mereka ini (Yang
Anti-Islam) memikirkan bahawa apa yang dilakukan kini akan membuat masyarakat
Malaysia lebih bersatu dengan menekan dan menyisih Islam kononnya Islam yang
ada adalah eksterim. Apa yang tidak dilihat mereka (Yang Anti-Islam)  adalah
anak-anak bangsa ini adalah bakal pejuang penindasan, kebenaran dan keadilan.
Mereka-mereka yang menindas, penipu dan zalim sahaja melihat kecenderungan
anak-anak kita ini sebagai bahaya dan eksterim.

Wahai ibubapa waspadalah dan prihatinlah kepada suasana yang berlaku terhadap
anak-anak kita di IPTA dan IPTS.

Dari:
Bapa Siswazah UNITEN