ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
Tawaran Bebaskan DSA Untuk berucap di ISNA
 

KEPALA BATAS 13 OKTOBER 2000- Sewaktu berceramah di kampung Paya Keladi dekat Kepala Batas , semalam,
yang turut dihadiri oleh YB Azmin Ali dan Sdr Ezam Mohd Noor, serta Raja Komando, mereka telah menjelaskan
maklumat yang diperolehi mereka di Amerika amat mengejutkan sekali berhubung dengan tawaran yang diberikan
MAHAFIRAUN terhadap ISNA jika dibenarkan beliau berucap.

Beliau yang bersama-sama YB Azmin yang secara kebetulan dijemput ke sana oleh kerajaan Amerika diatas tiket
forum persidangan East-West Foundation , satu petubuhan bebas yang di jemput dikalangan negara-negara Asia
Pasifik bertujuan menemukan pemimpin pemuda dari setiap negara yang turut diwakili oleh negara Singapura,
Indonesia juga New Zealand dan beberapa negara Asia Pasifik yang lain.

“Tidak timbul soal saya menjadi ejen asing,. Forum yang sama turut dihadiri oleh MAHAFIRAUN yang merayu kepada
kerajaan Amerika ditahun 70an yang dikelolakan oleh CIA” , demikian tegas Ezam lagi.

Menurut Ezam apa yang paling mengejutkan beliau ialah apabila Ulama ISNA , Shiekh Taha Jabir, menceritakan
bagaimana MAHAFIRAUN telah memberikan tawaran yang cukup selesa kepada DSAI jika beliau dibenarkan untuk
berucap di ISNA.

“Sheikh Taha telah menceritakan betapa tawaran kali pertamanya ialah melawat Malaysia dan melawat DSAI. Bila
tawaran tersebut ditolak oleh DSAI atas alasan tidak mahu berkompromi, maka tawaran kedua menyusul dengan
menyatakan bahawa sebuah kapal terbang khas akan disediakan supaya dapat beliau merayu di Kuala Lumpur dan
disediakan dengan siaran langsung TV perbualan rakaman antara DSAI dengan rombongan ISNA dan MAHAFIRAUN
dikaca TV, bila tawaran ini ditolak Anwar atas alasan yang sama, maka tawaran ke tiganya ialah , boleh
dipertimbangkan untuk membawa Anwar dan merawat beliau di Amerika”. Betapa desperadonya MAHAFIRAUN jelas
Ezam lagi.

Malahan Bank Negara jangan sekali-kali menipu rakyat bagaimana hampir 10 orang menteri kabinet terlibat dalam
merompak wang rakyat dan jumlahnya mencecah 20 Billion USD, jelas Ezam yang berjanji akan mendedahkannya
bila sampai waktu dan ketikanya nanti. “Malah Pak Lah Mr Clean juga memiliki sebuah kereta Mercedes 4x drive
yang berharga hampir RM 1 juta ringgit, setelah baru 2 hari menjadi Timbalan Perdana Menteri”

Selain bertemu dengan Ulama dan para pemimpin Asia Pasifik yang terkejut dengan cara Anwar ditahan
sebagaimana tahanan politik dan dinafikan hak asasi manusia ke atasnya, beliau juga sempat bertemu dengan
Jamal Ambro, seorang keturunan Palastine yang menjadi pemandu kepada para menteri dari Malaysia jika tiba di
New York.

“Jamal telah menceritakan betapa tawaran yang diberikan kepada beliau oleh beberapa tokoh politik Malaysia
sebenarnya didalangi oleh Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Ketua kumpulan team B dimana beliau dan Aziz
Shamsudin adalah antara kepala perang team A. MAHAFIRAUN sudah lupa ini semua”, jelas Ezam lagi.

Dan pada malam tersebut juga beliau mengistiharkan perang ke atas Pak Lah untuk kempen Nyak Pak Lah setelah
nama MAHAFIRAUN telah rosak dimata dunia. Tinggal Pak Lah sahaja untuk digulingkan kerana insan yang nampak
‘clean’ ini sebenarnya adalah amat busuk terhadap Anwar Ibrahim.

Sdr Ezam juga mengulangi tawaran saman yang akan dikenakan oleh anak beliau sehingga kini belum dilaksanakan
lagi dan pada malam semalamnya beliau (Ezam ) mengulanginya lagi dengan cabaran untuk pihak polis kepala Batas
supaya menahan dan menangkap MAHAFIRAUN berikutan laporan terbesar di Kepala Batas 2 bulan sudah. Dakwaan
rasuah keatas anak beliau juga sehingga kini masih terperap.

Sementara itu YB Azmin Ali juga telah menjelaskan betapa Beberapa syarikat asing telah mula memindahkan
pejabat mereka dari Malaysia. Antara yang terbaharu ialah bagaimana lawatan Bill Gates untuk memindahkan
pejabat beliau dan pusat operasinya di Singapura, begitu juga dengan sebuah lagi Syarikat SunMicro juga sebuah
syarikat yang terlibat dalam bidang pengkomputeran telah memindahkan pejabat operasi mereka ke Singapura.

“Jika pada tahun 1996-98 jumlah pelaburan luar di Malaysia meningkat sehingga 46 billion ringgit, kini pelaburan
asing hanyalah sekitar 5 billion ringit. Maka kerana itu jika Anwar terperangkap di penjara dan terseksa, rakyat juga
turut ditimpa siksa yang akan dihadapi dengan kejatuhan nilai pelaburan. Sebagaimana rombongan Rafidah yang
dimalukan di Amerika dan pulang dengan tangan kosong”, tegas YB Azmin lagi. Menurut YB Azmin lagi, selepas
lawatan MAHAFIRAUN di Amerika dan kemudiannya ke England yang mengundang demontrasi oleh para pelajar dan
NGO’s, MAHAFIRAUN telah sempat melawat Tony Blair di rumahnya di Downing Street, dimana secara kebetulan
beliau baru mendapat cahaya mata lelaki.

“MAHAFIRAUN telah dijemput kedalam sebuah bilik khas dimana beliau dinasihati oleh Richard Blair supaya
menyelesaikan masaalah Anwar dengan segera, sebagaimana yang disarankan oleh Ulama terkenal dunia Shikh
Yusof Al—Qardawi”,jelas YB Azmin Ali yang turut berada selama seminggu di Amerika.

“Sebelum ke Bosnia, beliau sempat bercuti dan melawat dan menaiki kapal ke Greece bersama Ananda Krishnan.
Saya mempunyai nombor tiket, kapal mana, dimana mereka tinggal”, jelas YB Azmin. ”Hampir 10,000 membanjiri
Kepala Batas semalam dimana ianya merupakan satu pendedahan yang cukup mengejutkan datangnya dari seorang
Perdana Menteri yang cukup terdesak dengan apa yang diterimanya di mata dunia.

Pada akhir cermahnya semalam Sdr Ezam menjelaskan betapa Kepala Batas adalah ‘anak angkat’ kepada
Pergerakan Pemuda keADILan dalam melaksanakan misi ‘nyah Pak Lah’ dan program ini akan dilaksanakan mulai
semalam.

Wartawan Rasmi Laman Reformasi
13 Oktober 2000