Make your own free website on Tripod.com
PUSAT KHIDMAT DAN IT

Salah satu saluran berkesan untuk menyalurkan maklumat ialah melalui rangkaian INTERNET. Di
setengah - tengah  tempat kaedah ini telah digunakan dalam pilihanraya ke 10 lalu .
Walaubagaimanapun, taburan dan populasi serta kepadatan bilangan komputer dan INTERNET tidak
meluas dan menyeluruh. Yang ada dan digunakan adalah milik peribadi, atau orang perseorangan
SAJA.

Saluran komunikasi yang dimiliki oleh BARISAN ALTERNATIF - PAS, KeADILan, DAP dan PRM sangatlah
terhad kepada ceramah , majalah seperti  HARAKAH , video dan  kaset..  Penggunaan INTERNET ,
teknologi canggih terhad kepada pemilik komputer peribadi sahaja. Maklumat yang ada di dalamnya,
akan disebarkan bergantung kepada usaha dan inisiatif pemiliknya. Dalam erti kata lain, individu
yang menjadi sasaran utama, iaitu , PENGUNDI, tidak semua mendapat maklumat yang ada di dalamnya
setiap hari atau SEKURANG - KURANGNYA sekali sekala.

Maklumat yang di dalam INTERNET, merangkumi semua isu - isu yang berkaitan dengan pergolakan
politik semasa, ekonomi, sosial, pendidikan, teknologi dan lain - lain.
Amatlah rugi malah sangat membazir  maklumat - maklumat, terutamanya yang berkaitan dengan
pergolakan politik semasa yang sedang berlaku, di serata negara, terbiar begitu saja.

Penat dan lelah saja, pengunjung - pengunjung dan pemberi maklumat , bersengkang mata, berjaga
malam, berjam - jam di depan komputer  , memerah otak dan fikiran memikirkan permasalahan yang
timbul untuk dihuraikan bagi menyelesaikannya atau memberi pendapat dn buah fikiran SEKIRANYA
tidak dimanfaatkan semaksima dan seluas yang mungkin.

Mengikut pemerhatian dan pengalaman saya, hanya sedikit saja daripada berita - berita dan
maklumat yang ada di dalam INTERNET tersebar di pasaran terbuka. Kebanyakan orang ramai hanya
mengetahui sesuatu isu secara umum saja. ATAU tidak ada yang mendapat maklumat secara
berterusan, ATAU maklumat yang diperolehi separuh jalan saja ATAU maklumat yang diterima tidak
tahu hujung pangkalnya.

Jadi untuk itu, pada masa akan datang, terutamanya sebagai persediaan menghadapi pilihanraya ke
- 11 tahun 2004 nanti, langkah - langkah  awal yang  konkrit, sistematik dan  tersusun,  MESTI
dibuat mulai sekarang. Walaupun bagi sebahagian daripada kita beranggapan tahun 2004 lambat
lagi, tetapi, permulaan yang awal akan memberikan kita peluang untuk merancang, mencuba,
mengkaji kelemahan dan mengusulkan penyelesaiannya dengan sebaik mungkin.

Di sini, saya ingin mengesyorkan supaya diwujudkan, PUSAT IT dan KHIDMAT untuk setiap DUN dan
PARLIMEN di seluruh negara dengan segera. Bagi negeri Terengganu Darul Iman , khususnya tidak
menjadi masalah. Soal kewangan tidak timbul. Jadi, saya harap cadangan ini, sampai ke
pengetahuan YAB Menteri Besar Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang, EXCO, dan semua
YB Wakil Rakyat ADUN dan PARLIMEN. Segerakan penubuhan PUSAT IT ini. Begitu juga dengan semua
negeri - negeri lain .   Sebenarnya untuk mengadakan sebuah PUSAT IT, tidaklah membebankan
sangat, cuma ada sebuah komputer peribadi dan talian talipon sudah mencukupi. Tempat tidaklah
penting sangat, mungkin ianya boleh diadakan di PUSAT KHIDMAT DUN. Bagi DUN dan PARLIMEN yang
telah dimenangki oleh BARISAN ALTERNATIF ia WAJIB disegerakan. Begitu juga dengan lain - lain
kawasan DUN dan PARLIMEN . Ringkas kata, semua DUN dan PARLIMEN samada dimenangi atau tidak
WAJIB mengadakan sebuah PUSAT IT. SEGERA.

PUSAT IT ini hendaklah dibuka untuk orang ramai daripada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Hebahkan kemudahan IT yang ada , supaya diketahui oleh semua pengundi di dalam sesuatu DUN dan
PARLIMEN. Latihan penggunaan komputer boleh diadakan secara "  package " di Pusat Khidmat.
Seorang kerani di Pusat Khidmat yang mahir komputer bolehlah diamanahkan untuk menyelia pusat
ini secara sepenuh masa.

CADANGAN KHUSUS UNTUK NEGERI TRENGGANU DARUL IMAN

PUSAT IT dan KHIDMAT mesti diwujudkan segera di semua DUN  dan PARLIMEN. Laman Web kerajaan
negeri yang bertempat di WISMA DARUL IMAN hendaklah diadakan. Hebahkan kepada semua penduduk
NEGERI ETRENGGANU DARUL IMAN . KHABOR KE SEMUA RAKYAT TEGANU. DOK SOH TINGGAL SOR'RANG PUNG.
GOYAK BELAKA SEMA.   Gunakan kemudahan yang sedia ada di Pusat Teknologi Maklumat , termasuk
perkakasan dan kakitangan. Kesedaran dan celik komputer di kalangan rakyat Terengganu sudah
meluas. Dengan adanya kemudahan ini banyak input , cadangan, komen, teguran, kritikan dan
masalah dapat dihantar terus ke saluran yang betul untuk tindakan selanjutnya.

Adakan sasaran  untuk satu DUN dan PARLIMEN ;-
Tahun pertama, sasaran 1 PUSAT IT untuk 10,000 orang penduduk
Tahun kedua, sasaran 1 PUSAT IT untuk 5,000 orang penduduk
Tahun ketiga sasaran 1 PUSAT IT untuk 2,500 orang penduduk
Tahun keempat sasaran 1 PUSAT IT untuk 1,250 orang penduduk
Tahun kelima sasaran 1 PUSAT IT untuk 500 - 750 orang penduduk.

Dengan royalti minyak dan gas sebanyak RM 530,000,000.00 [ RM 530 juta ] setahun ,  amatlah
tidak munasabah dan tidak masuk akal kalau pusat ini tidak dapat diadakan segera. Lihatlah dari
sudut yang positif. Sesuaikan dengan zaman. Ceramah kita tetap adakan, teknologi baru jangan
kita biarkan berlalu begitu saja,  kerana taksub dan syok dengan benda lama. Kita buka sikit
otak yang ditutup selama ini. Fikir dan timbang kaedah baru. Kiranya sesuai kenapa harus kita
tolak.

InsyaAllah, semoga kita diberkati dalam perjuangan ini.

pengunjung TDI