Astora Jabat sudah buat silap lagi

Oleh AN

Kita merasa amat sedih dengan penilaian yang dibuat oleh Astora Jabat dalam tulisannya yang bertajuk :BETULKAH AMANAT HAJI HADI SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM?

Kita sedih kerana yang hitam di katakan putih, manakala yang putih dikatakan hitam. Agaknya inilah yang dinamakan sebagai manusia yang berniat jahat terhadap PAS.

 Sembahyang dua iman, tidak makan sembilahan orang UMNO dan nikah dengan imam orang UMNO tidak sah dikatakan rosak akidah manakalah mengatakan Islam tidak sesuai dilaksanakan tidak merosakkan akidah umat Islam.Pada hal yang diatas itu tidak boleh merosakkan akidah umat Islam, tetapi yang bahawa itu adalah jelas boleh merosakkan akidah umat Islam.

Tidak makan sembelahan orang UMNO sememangnya tidak boleh merosakkan akidah umat Islam, tidak menjadi sebarang kesalahan jika kita tidak mahu makan sembelahan orang UMNO. Tidak jadi sebarang kesalahan jika kita tidak mahu ikut imam orang UMNO kerana soal ibadat khususiah itu hak seseorang individu. Mereka yang menilai buruk baik seseorang imam.Bagimana mungkin kita mengikut orang yang fasik.Tidak menjadi sebarang kesalahan jika kita tidak mahu bernikah dengan imam orang UMNO,kerana kita boleh pilih sesiapa sahaja untuk menikahkan kita.

Yang tetap salahnya ialah apabila kita mengatakan undang-undang Islam tidak sesuai dengan zaman sekarang.Mana mungkin undang-undang Allah tidak sesuai sedangkan Allah itu maha pencipta. Allahlah yang mencipta  kita daripada tiada kepada ada. Tak mungkin Allah tidak mengetahui apa yang diciptanya.Allah maha mengetahui.

Walaupun astora jabat tidak mengandaikan Allah tidak mengetahui tetapi dengan penilaian yang dibuat melalui tulisannya itu memperlihatkan yang astora jabat telah mengandaikan Allah sebagai jahil. Anggapan seumpama ini juga boleh merosakkan akidah seseorang yang menganut agama Islam, lainlah bagi mereka yang tidak beragama Islam. Mereka bebas berkata apa sahaja.

Saya bukan hendak menghukum seseorang, tetapi nampaknya iaitu lihat pada hujah yang diberikan selama ini, mereka itu seolah-olah bukan penganut agama Islam. Sebab itu mereka kelihatan bercakap pakai hentam keromo.Fikiran mereka tak keruan.

Bercakap pasal Islam, tetapi bela orang kafir hentam orang Islam. Kalau setakat hentam orang islam tidak mengapalah. Hentam haji Hadi pun tidak menjadi suatu kesalahan kerana beliau itu seorang manusia biasa, tetapi hentam hukum Tuhan bagaimana pula.

Apakah tidak menjadi sebarang kesalahan jika kita kata undang-undang islam tidak sesuai. Apakah kita lebih bijak dari Allah. Bukan setakat menghentam hukum Tuhan, malah ada yang tergamak menghina Allah.

Hendak mengatakan mereka sesat mereka katakan mereka tidak sesat. Bolehkah kita percaya dengan hujah seseorang yang berniat jahat terhadap PAS.Lebih-lebih lagi PAS tidak pernah berniat jahat terhadap Allah, sepertimana sesetengah pemimpin UMNO yang sengaja berniat jahat terhadap Islam dengan mengatakan Islam tidak sesuai.

Sekian.