TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"
tinta_hijau@hotmail.com

 

JASA JASA  MAHATHIR KEPADA BANGSA MELAYU.
SUATU PERBANDINGAN.

1. Bidang  Permodalan.

Tun Hussien Onn  buat Permodalan Nasional Berhad (PNB) seterusnya menlancarkan Amanah Saham Nasional (namanya Nasional tapi untuk Bumiputra sahaja) supaya pegangan ekuiti Melayu meningkat.
Datang Mahathir  tubuh  Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) untuk remaja pelbagai bangsa. Tak puas hati lagi maka di tubuh Amanah Saham Malaysia untuk pelbagai bangsa.

Objektif asal PNB telah bertukar, pegangan ekuiti melayu telah menurun. DrM telah berjasa merosakkan dan memusnahkan impian pejuang UMNO dizaman Tun Hussin bagi menbaiki ekonomi bangsa melayu melalui PNB.   Tun Husin menbangunkan dan Dr. M menrosakkan.

2. Peniagaan Runcit.

Zaman UMNO Tun Razak dulu, bagi bolehkan Melayu bersaing dengan bangsa lain dalam perniagaan runcit (yang dikuasai sepenuhnya oleh bangsa lain) maka kerajaan Perikatan (UMNO + PAS dan lain2) telah menubuhkan PERNAS. Antara anak syarikat nya adalah Pernas Edar dan antara aktiviti perdagangannya adalah Kedai G-Mart. Maka berdiri megahlah kedai G-Mart di seluh pelusok negara yang didominasi oleh orang Melayu dengan hasrat supaya dapat duduk samarendah dan berdiri samatinggi dengan orang lain. Sekarang mana pergi Kedai G-Mart, apa dah jadi dengan Pernas Edar dan PERNAS.

Matlamat asal penubuhan PERNAS telah diselewengkan. Ini adalah jasa besar DrM kepada pejuang UMNO dan Bangsa Melayu. Tun Razak mendirikan , Dr. M menruntuhkan.

3. Bidang Pendidikan.

Ini semua orang tahu jasa-jasa besar Dr.M jadi tak payah ulas panjang. Yang penting dulu belajar ada BKP (sekolah menengah) Dermasiswa (IPT) dan lain-lain sekarang semua berbayar hatta dulu masa Sek Rendah berapa kerat sangat dari ibubapa bayar yuran tahunan dan sekarang cuba kalau tak bayar, jenoh anak kena jawab letiran Cikgu.
Tun Razak berjuang dan Dr. M  menkianati.
 

4. Bidang Imigrasen.

Dr. M telah berjasa besar  dalam melaksanakan impian pejuang UMNO dahulu. Orang asing begitu mudah untuk keluar masuk, tinggal dan menetap di negara kita. Cita cita DrM menjelang 2020 tidak ada suatu bangsa yang akan menjadi bangsa dominan di Malaysia. Panggil orang buka IPTS di Malaysia, pelajar malaysia tiada duit boleh pecah tabung KWSP boleh berhutang. Tak cukup juga panggil pelajar luarnegeri belajar di sini dan ibubapanya juga boleh tinggal di malaysia dengan visa yang amat longgar. Sebahagian besarnya dari Hong Kong, Singapura, Taiwan dan lain. Dan jarang dari pada mereka akan kembali ke Negeri asal.
Adalah dijangkakan pada 2020 ,  kira 1/3 dari penduduk Malaysia adalah mereka yang asalnya bukan lahir di Malaysia dan ibu atau bapanya bukan lahir di Malaysia.
Dr. M adalah Long Jaafar alaf baru, demi pembangunan dan kemajuan negara maka kita mesti menbuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat negeri asing.

5. Pemilikan dan pembangunan Tanah.

Tun Razak buka dan bangunkan FELDA, FELCRA, DARA, KEJORA, KETENGAH, dan berusaha untuk menbangunkan bandar baru yang akan didominasikan oleh orang Melayu seperti Jengka, Muadzam Shah, Muktafibillah dan lain supaya agensi-agensi tanah ini digunakan untuk menbantu orang melayu dalam kehidupan mereka seterusnya memiliki dan menbangunkan tanah tersebut.
Dr. M telah berjuang sekian lama untuk berjasa kepada bangsa Melayu supaya orang melayu tidak mendominasikan negara ini. Antara kaedahnya ialah konsep perserta FELDA telah diubah menjadi FELDA Plantation, DARA & KEJORA telah dimansuhkan, FELCRA telah diswastakan, LKWJ telah diswastakan kepada segolongan koperat dari kroni-kroni.
UMNO Tun Razak menbangunkan dan UMNO DrM menjualnya.

6. Penbangunan Fasarana.

Kaedah UMNO Tun Razak menbangunkan negara ialah menggunapakai segala keupayaan yang kita ada dan berhutang untuk keperluan asasi rakyat. Contohnya, zaman Tun Razak, Lebuhraya Karak dibina dengan keupayaan kita semaksima mungkin, hasilnya adakah Lebuhraya Karak dikenakan TOL (bukan senang pada waktu itu untuk menbuat terowong di Genting Sempah, begitu juga Lebuhraya Kuantan – Segamat bukan senang nak buat pada waktu itu dengan teknologi, kewangan, kepakaran yang kita miliki. Tapi ia telah disiapkan tanpa mengenakan TOL.
Kaedah UMNO Dr.M ia pengswastaan (sudah tentu syarikat kroni- asal nampak boleh buat duit kira jadi), duit pinjam, buruh bangla + indonesia, kontrator Korea atau jepun , barang import. Bila siap pasang TOL rakyat yang kena bayar. Ini lah jasa DrM untuk menmajukan negara kita dengan kaedah yang sangat diminati oleh pejuang UMNO zaman Dr.M. Cara kita menbangun amatlah kita dibanggakan, idea dan cara Dr.M ini telah menjadi ikutan bagi negara islam yang lain. Malaysia adalah negara Islam Contoh.
Kalau Tun Razak dan Tun Ismail hidup semula tentu dia solute pada Dr.M
 

Penutup

Setakat ini dulu wahai pendokong pendokong UMNO, teruskan agenda Perjuangan Yang Belum Selasai kita ini supaya negara kita akan jadi maju seperti Singapura. Matlamat kita ialah Penduduk Malaysia adalah 30% Melayu, 30% Cina, 15% India, 15% Bangla + Indonesia, 10% Eropah.
Banyak lagi yang hendak ditulis mengenai jasa Dr.M tapi masa tak mengizinkan.
Jasa-jasa yang lain itu telah banyak sangat para pengulasnya, jadi saya cuba bongkar jasa-jasa yang orang lain tak ulas.

Jadi saya cabar siapa sahaja yang menafikan bahawa Dr.M telah banyak berjasa kepada Bangsa Melayu, Agama Islam dalam segenap bidang supaya berhujah dengan saya tentang jasa Dr.M dalam apa bidang sekalipun. Jawapan nya telah ada, tunggu orang soal sahaja.
 

Sekian.
Megat Panji Hitam
Dari Timur